Wednesday, September 19, 2012


KURSUS PENGURUSAN DAPUR - (KPD01)


1.0 PENGURUSAN DAPUR
Pengurusan dapur yang efisien dan berkesan tentunya akan menjamin kualiti atau produk makanan yang akan dihasilkan. Banyak kes-kes keracunan makanan adalah berpunca dari pengurusan dapur yang tidak cekap. Pengurusan dapur meliputi dua aspek terpenting iaitu proses penerimaan dan penyimpanan
1.1 Proses penerimaan
Kaedah atau tatacara penerimaan yang betul pastinya akan menyumbang kepada kualiti makanan yang dihasilkan. Kakitangan yang terlibat mestilah memastikan barangan yang diterima didalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan.
1.2 Proses Penyimpanan
Pengurusan setor menjadi penting bila kita menyebut mengenai pengurusan dapur yang cekap dan efisien. Kaedah FIFO mesti digunakan dalam menentukan penyimpanan barangan dan produk

2.0 Kandungan Kursus
- Kaedah Penerimaan yang Efisien
- Prosedur Penyimpanan barangan/peralatan
- Kawalan Makhluk Perosak

3.0 Penceramah
- Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Pegawai Pemakanan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

4.0 Sasaran Peserta
- Kantin Sekolah Harian/Asrama Penuh
- Café dan Restoren
- Taska/Pusat Jagaan Harian

5.0 Kesimpulan
Pengurusan dapur sering menjadi isu terpenting dalam menentukan kualiti sesuatu penghasilan produk makanan. Banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang lazat dan selamat adalah bergantung kepada pengurusan dapur yang cekap.


Keterangan Lanjut:
Akademi Latihan Kualiti Makanan
017-9811916 @ 019-3060931

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...