Thursday, April 28, 2011

Catatan 28hb April 2011

Khamis 28hb April...aku menyambung cuti lagi. Banyak kerja yang perlu aku lakukan. Pagi ini seperti sediakala, anak2 ku sudah bersiap sedia untuk ke sekolah. Tepat jam 7pagi aku terus menuju ke SK Pandan tempat kedua-dua anakku menimba ilmu. Tapi kali ini, 'kunjungan' ke sekolah kali ini ditemani oleh Danish Wafi. Kalau dia bangun awal, memang aku akan membawa di bersama.

Sebelum itu, aku terdengan isteri bising-bising di bahagian atas. "Mencari anak tudung yanna ler tu" bisik hati kecilku. Aku terus menyiapkan diri untuk ke sekolah. Keadaan menjadi kecoh seketika. Aku masih lagi tidak dapat menangkap isi kandungan perbualan.

Sewaktu di meja makan...barulaa yanna memberitahu bahawa dia kini telah "DEWASA"...Glluurrpppppppp....aku terdiam seketika....

Friday, April 22, 2011

Program Bengkel Pra UPSR 2011

Bengkel Pra UPSR 2011
Tarikh: 14/5/2011
Tempat: Kompleks Dagangan Mahkota
Masa: 730 pagi - 630 petang.
Bayaran Penyertaan: RM80
Nota: Nota bengkel akan disediakan. Begitu juga dengan makanan.

Objektif Program: Meningkatkan lagi keyakinan pelajar. Pelajar yang gagal biasanya adalah terdiri dari pelajar yang kurang keyakinan. Bengkel ini juga akan memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui selok belok latihan dan cara pembelajaran yang berkesan. Untuk makluman, program ini tidak mengambil peserta yang ramai. "Class Concept" di mana interaksi dua hala menjadi keutamaan.

Guru yang berpengalaman juga dapat membantu pelajar dalam menangani 'stress' ketika di dewan peperiksaan. Bannyak tips yang berguna yang akan berikan oleh guru-guru itu nanti.

Sunday, April 10, 2011

Cuti yang sibuk...

Selepas menghantar aiman ke kelas tusyen..terasa penat benar badan ini. Aku tertidur. Disampingku buku-buku USM. Minggu depan aku akan menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ini.
Untuk menghadapi peperiksaan ini, aku telah mengambil keputusan untuk bercuti.Banyak yang kena aku cover. Haah..itulah pengorbanan yang perlu aku buat.Memang kerja di pejabat sentiasa menunggu. Tak pernah habis.
Petang aku ke klinik membawa Danish.Badan dia terasa panas.Mungkin sebab cuaca bisik hatiku meneka. Alhamdulilah...Doktor Asri berkata jgn bimbang...dia akan sembuh. ayat biasa yang dikeluarkan oleh seorang doktor.
Sebelum terlelap..aku cuba mengatur perjalanan untuk esok..Petang aku ader perjumpaa dgn Pegawai IWK. Kes di IM2 masih belum selesai. Petang pula ader perjumpaan dengan Pengarah Kampus. Berbincang mengenai perjalanan "operasi pengosongan bilik"...Moga esok menjanjikan kemudahan dan keindahan...

Hari ini ...aku jaga anak2 lagi.....

Hari ini 10hb April aku macam biasa....menjaga anak2 aku. Seawal pagi lagi aku dah keluar rumah untuk membeli sarapan pagi.Ini adalah rutin hidup aku. Selepas menghantar makanan dan bersarapan bersama mereka, aku keluar untuk untuk membeli surat khabar...Masa begitu suntuk bagi pada hari ini. Banyak perkara yang perlu aku bereskan untuk hari.
Gas di rumah sudah habis...kemudian aku terpaksa memikirkan makanan tengah hari pula...oklaaa nanti kita bersambung semula......huhuhuhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...