Tuesday, September 29, 2009

Balik Kampung...

18/9/2009..7.00am

Seawal pagi lagi selepas menikmati sahur...aku telah bersiap sedia untuk memulakan perjalanan untuk balik ke kampung. Begitu juga dengan anak-anakku. Semuanya dah excited nak beraya di kampung opah mereka di Perak.
Tepat jam 7.00 am aku memulakan perjalanan. Biar bertolak awal. Nanti takut hujan di dalam perjalanan. Tambahan pula aku bercadang nak ikut Genting Highland. Anakku aiman dan Yana begitu asyik menikmati lagu terbaru dari koleksi CD aku. Mereka nampak bergembira sekali. Yang kecil danish, hanya tidur dipangkuan mama.
Jam 10.30am
aku kini berada di Genting Highland. Kereta aku mengaum bunyinya. Risau jugak aku dibuatnya. Maklumlah kereta lama. Tapi alhamdulilah semua selamat. Honda Ferio aku memang jarang-jarang buat hal.
12.30 pm
aku sudah sampai di Pekan Tapah. Suasana di Tapah, akan menyesakkan. Tapi masih lagi terkawal
1.15 pm
Aku di Tesco Kampar. Nak cari barang kata wife aku.. Barang aper pun aku tak tahu.
3.30 Sampai di kampung.
Alhamdulilah selamat sampai. Ngah menyambut kami. Dia tgh sibuk memotong buluh lemang. MAkcik macam biasa....sibuk di dapur.
Sampai dirumah, badan mula terasa penat..maklumlah hampir 8 jam memandu. Badan terasa sengal-sengal. Kaki pun lenguh-lenguh.
Pukul 5.30 abang dan famili baru balik dari Kampar...macam-macam yang dia beli..sampai tak larat nak makan.....hehehe nafsu ramadhan...ayam percik.hari ayam, mee rebus. kuih tepung pelita dan macam-macam lagi
9.00 pm
Budak-budak dh siap nak main bunga api. Anak-anak aku pun turut mengambil kesempatan. Takperla kot ...setahun sekali..Lagipun untuk memeriahkan suasana jer...penuh asap di dalam rumah..ok jugak tu..tak der la nyamuk nanti...
11.00 pm
Semua dh bersiap sedia nak cari tempat landing...semua nampak keletihan..
1115 am....semua lampu PADAM...zzzzzzzz......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...