Wednesday, September 19, 2012


KURSUS MENU SEIMBANG DAN KESELAMATAN MAKANAN (KMS01)
1.0 PENGENALAN

Cabaran mengendalikan kantin sekolah samada sekolah harian atau sekolah berasrama begitu mencabar sekali. Globalisasi dan perubahan dalam era persaingan telah menjadikan pengurusan kantin sekolah sesuatu yang mencabar dan berorientasikan pasaran. Banyak elemen yang perlu di pandang serius dalam melahirkan kanak-kanak/remaja yang ampuh dan mempunyai jati diri yang tinggi. Selain aspek akademik yang penting, aspek pemakanan dan kesihatan juga dilihat sebagai pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak/remaja itu sendiri.

Walaupun ini adalah satu perubahan yang baik, namun peningkatan kualiti pengurusan kantin atau premis makanan sering dipinggirkan. Banyak elemen terlibat yang perlu diberi perhatian serius. Bahan makanan yang berkualiti disamping menu seimbang adalah tiang utama kepada peningkatan kualiti premis. Pemilihan menu yang sesuai sering menjadi halagan terbesar.

Remaja-remaja Malaysia mengalami masalah berat badan yang berlebihan dan obesiti kesan daripada diet yang buruk serta kurang menjalani aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan risiko penyakit seperti diabetes jenis 2, penyakit jantung dan strok.

Zaman remaja adalah satu tempoh pertumbuhan yang pesat di mana keperluan pemakanan adalah amat penting. Kegagalan untuk memenuhi keperluan ini akan menyebabkan kekurangan zat pemakanan, dan kebanyakannya adalah kalsium dan zat besi.

Semoga kursus ini dapat membantu dalam pelaksanaan kualiti kehidupan yang sihat. Ilmu dan idea yang dikongsi dapat mempercepatkan proses transformasi kearah yang lebih baik.

2.0 OBJEKTIF
- Memperkasakan pengetahuan bidang pemakanan

- Memberi pendedahan idea untuk peningkatan kualiti premis

- Berkogsi amalan terbaik dalam penyediaan pemakanan

3.0 KUMPULAN SASARAN
- Pengetua/Guru Besar/GPK Sekolah Rendah dan Menengah

- Pengusaha Kantin Sekolah Harian dan Sekolah Berasrama

- Pengusaha Restoren dan Katering

- Pekerja Taska dan Rumah Kebajikan

4.0 KANDUNGAN KURSUS
4.1 Pengenalan kepada perancangan menu harian.
Aspek yang penting dalam rutin pengeluaran makanan berkhasiat. Pemakanan yang seimbang dapat menjamin tumbesaran yang sihat. Para peserta akan didedahkan dengan beberapa contoh menu. Pemilihan menu juga penting bagi tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak.
4.2 Pemakanan yang seimbang
Pengetahuan mengenai khasiat yang terkandung didalam bahan makanan dan fungsinya kepada kanak-kanak/remaja. Pengetahuan mengenai asas makanan yang berkhasiat tidak boleh dipandang ringan. Nutrien yang membekal tenaga dan pembentukkan fizikal akan menentukan tahap kesihatan kanak-kanak/remaja.
4.3 Akta Pemakanan
Keperluan untuk mengetahui mengenai Akta Pemakanan ini dapat menjamin keperluan asas sesuatu premis makanan.

5.0 PENCERAMAH
5.1 Ahli akademik : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

5.2 Pakar Pemakanan: Kementerian Kesihatan Malaysia

6.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 PAGI- PENDAFTARAN

8.30 PAGI- 10.30 PAGI CERAMAH 1: PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK
(Kementerian Kesihatan Malaysia)

10.30 PAGI– MINUM PAGI

11.00 PAGI- 1.00 PETANG CERAMAH 2: KESELAMATAN MAKANAN
(Kementerian Kesihatan Malaysia)

1.00 PETANG – SOLAT/MAKAN TENGAH HARI

2.00 PETANG – 3.00 PETANG CERAMAH 3: AKTA PEMAKANAN
(Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

3.00 PETANG – 4.30 PETANG CERAMAH 4: PENGURUSAN KUALITI PREMIS
(Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
4.30 PETANG – Minum Petang/Bersurai
7.0 KESIMPULAN

Kanak-kanak/remaja adalah generasi pewaris. Mereka yang akan mencorakkan masa depan negara kita. Perjalanan mereka masih jauh. Namun ilmu pemakanan dan penjagaan kanak-kanak/remaja sering dilupakan.

Keterangan lanjut:
Akademi Latihan Kualiti Makanan
Zamri Sarji 017-9811916/019-3060931



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...