Wednesday, September 19, 2012

Bengkel Pemakanan Kanak-kanak – (BPK01)


Pengenalan
Cabaran mengendalikan pusat jagaan atau tadika/taska untuk kanak-kanak begitu mencabar sekali. Globalisasi dan perubahan dalam era persaingan telah menjadikan pengurusan pusat jagaan tadika/taska sesuatu yang mencabar dan berorientasikan pasaran. Banyak elemen yang perlu di pandang serius dalam melahirkan kanak-kanak yang ampuh dan mempunyai jati diri yang tinggi. Selain aspek akademik yang penting, aspek pemakanan dan kesihatan juga dilihat sebagai pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

Kualiti makanan yang dihidangkan perlu di beri perhatian khusus. Aspek pemakanan juga menjadi intipati kepada pengurusan premis. Bahkan, pengetahuan pemakanan kanak-kanak telah menjadi penyumbang terbaru dalam proses tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak.

Objektif:
- Memperkasakan pengetahuan bidang pemakanan
- Memberi pendedahan idea untuk peningkatan kualiti premis
- Berkogsi amalan terbaik dalam penyediaan pemakanan

Kumpulan Sasaran
Pengusaha taska/pusat jagaan kanak-kanak/sekolah rendah
- Ibubapa yang mempunyai anak-anak
- Para remaja yang akan menempuh gerbang perkahwinan

Kandungan kursus
1. Pengenalan kepada perancangan menu harian.
Aspek yang penting dalam rutin harian bagi kanak-kanak. Pemakanan yang seimbang dapat menjamin tumbesaran yang sihat. Para peserta akan didedahkan dengan beberapa contoh menu. Pemilihan menu juga penting bagi tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak.
2. Pemakanan yang sihat
Pengetahuan mengenai khasiat yang terkandung didalam bahan makanan dan fungsinya kepada kanak-kanak. Pengetahuan mengenai asas makanan yang berkhasiat tidak boleh dipandang ringan. Nutrien yang membekal tenaga dan pembentukkan fizikal akan menentukan tahap kesihatan kanak-kanak.

3.Penceramah
 Ahli akademik : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
 Pakar Pemakanan: Kementerian Kesihatan Malaysia

4.Tentatif Program:

8.00 PAGI- PENDAFTARAN
8.30 PAGI- 10.30
CERAMAH 1: PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK
(Kementerian Kesihatan Malaysia)

10.30 PAGI– MINUM PAGI

11.00 PAGI-CERAMAH 2: PERANCANGAN MENU
(Kementerian Kesihatan Malaysia)

1.30 PETANG – PENUTUP/BERSURAI

Kesimpulan
Kanak-kanak adalah generasi pewaris .Mereka yang akan mencorakkan masa depan negara kita. Perjalanan mereka masih jauh. Namun ilmu pendidikan dan penjagaan kanak-kanak sering dilupakan. 

Keterangan Lanjut:
Akademi Latihan Kualiti Makanan
017-9811916/019-3060931
email:zamri144@gmail.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...