Kebiasaannya sesuatu perniagaan mendapat keuntungan yang lumayan pada tahun ketiga.
Sebelum anda memulakan perniagaan, fikirkan perubahan musim perniagaan ini. Adakah anda sanggup membangunkan perniagaan anda sehingga 3 tahun yang akan datang? Atau anda hanya melihat keuntungan jangka pendek? Bolehkah anda mendapatkan modal pusingan untuk menampung perniagaan anda selama 3 tahun yang akan datang? Sanggupkah anda dedikasi diri anda kepada perniagaan anda untuk jangka waktu panjang?
Lebih dari 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama. Mana tidaknya… tahun pertama adalah tahun belajar! Jadi untuk kita berdaya saing dengan pesaing, tingkatkan kualiti produk atau perkhidmatan. Kita juga mesti atau WAJIB memiliki disiplin yang tinggi dalam pengurusan kewangan. Anda boleh berjaya jika ada kemahuan...
No comments:
Post a Comment