Hari
ini adalah hari pertama persekolahan untuk sessi tahun 1984. Bermakna, hari ini
juga adalah hari pertama aku memasuki Alam Persekolahan Menengah. Rasa gementar
tetap ada. Rasa macam pelik juga, kerana terdapat murid dari Kaum Cina yang
bersekolah di sini. Satu kejutan buat aku. Semasa aku bersekolah di Sekolah
Rendah, memang tiada seorang pun murid berbangsa Cina. Hari ini juga aku mendaftar
sebagai murid Tingkatan Satu. Di sekolah ini, murid Tingkatan Satu akan
bersekolah di sessi petang.
Semua
Murid Tingkatan Satu dikehendaki berkumpul di Tapak Perhimpunan. Selepas ucapan
oleh Guru Bertugas, semua murid dikehendaki mendaftar di kelas masing-masing.
Keadaan ketika itu, memang gamat dan riuh rendah. Macam keadaan di pasar. Aku
masih berdiri seorang diri. Aku tak tahu nak daftar di kelas mana satu? Aku
hanya memerhati gelagat rakan-rakanku yang lain. Ada yang gembira, kerana
mendapat kelas bersama rakan sekampung. Ada yang sedih, kerana terpaksa
berpisah dengan rakan. Tetapi yang sebenarnya, kedudukan kelas telah ditentukan
oleh pihak sekolah.
Masa
begitu pantas berlalu. Lebih dari separuh murid telah pergi ke kelas
masing-masing. Aku masih termangu-mangu di sudut kantin sekolah. Kemudian aku
pergi ke meja pendaftaran kelas 1A3. Seorang Cikgu Perempuan (Cikgu Salamiah) di kelas itu bertanya kepada
aku.
“Hah
awak kelas 1A3 ke?” Tanya cikgu dengan suara yang agak nyaring.
“Sayaaa…tak
tahu kelas mana”. Jawap saya dengan nada cemas.
“Heh,
macam mana boleh tak tahu..siapa nama awak?” Tanya cikgu tu lagi.
“Nama
saya Zamri” Jawap aku ringkas.
Kemudian
Cikgu Perempuan itu menyemak senarai nama Kelas 1A3.
“Nama
awak tiada dalam senarai..pergi semak ke kelas lain” Jawap cikgu tu dengan nada
tegas.
Aku
menggangguk kepala tanda setuju. Nasib baik dia bukan cikgu kelas aku, bisik
hati aku. Jumlah murid Tingkatan Satu yang tinggal di situ semakin berkurangan.
Aku pun pergi ke meja pendaftaran kelas 1B2 (Cikgu
Rosli). Cikgu yang bertugas pun membuat semakkan.
“Nama
awak tiada dalam senarai kelas ini, pergi cari nama awak ke kelas lain?” Cikgu
Lelaki itu berkata kepada aku. Aku tertunduk diam. Kemudian aku pergi ke meja
pendaftaran ke kelas lain.
Kelas
1A2..tiada juga nama aku. Kelas 1B1…pun tiada nama aku.
Peluh
mula membasahi baju aku. Perasaan cemas mula menghantui aku. Ketika itu, hanya 3 orang murid sahaja yang tinggal. 2 orang
perempuan dan aku seorang lelaki. Kedua-dua murid perempuan itu berbangsa Cina.
Mereka senasib dengan aku. Tiada kedudukan kelas dan tiada nama dalam senarai kelas.
Penyelia Petang (Cikgu Karim) dan
beberapa orang guru sedang berbincang sesuatu. Kemudian Penyelia Petang telah
memanggil kedua-dua murid Cina tersebut dan memberikan kepada mereka sehelai
kertas.
“Awak
pergi ke kelas yang ada tertulis di kertas itu dan berikan pada Cikgu Kelas
awak” Kata Cikgu Karim dengan nada yang tegas.
Kedua-dua
murid Cina itu pun beredar ke kelas seperti yang diarahkan. Tidaklah pulak aku
mengetahui mereka pergi ke kelas mana. Itu bukan urusan aku, bisik hati aku.
“Hah,
tinggal awak seorang sahaja lagi” Kata Cikgu Karim.
Aku
tersentak bila mendengar suara Penyelia Petang yang agak menggerunkan aku. Tetapi aku
beranikan diri dengan berdiri tegak seperti seorang askar sedang berkawad. Menunggu
sebarang arahan.
“
Dulu sekolah mana?” Tanya Cikgu Karim dengan
ayat yang mudah.
“Sekolah
Kebangsaan Sungai Lesong” Aku menjawab ringkas.
“Kenapa
nama awak tiada dalam senarai murid ini, saya dah semak dalam senarai nama” Cikgu
Karim berkata kepada aku.
Hati
aku risau. Degup jantung aku bertambah laju. Pandangan aku seperti diselubungi
kabus.
Adakah
Cikgu Karim akan suruh aku balik rumah?
Disebabkan
nama tiada dalam senarai, mungkinkah aku akan dipindahkan ke sekolah lain?