Friday, September 21, 2012

Nota Kuliah

CONFUCIUS (551 S.M. - 479 S.M.) - ANALECT


1. Pendahuluan

Confucius ialah seorang ahli falsafah Cina yang dilahirkan pada tahun 551 S.M. di kota kecil Lu, kini di dalam Wilayah Shandong China di sebelah barat daya China. Ayahnya meninggal dunia semasa beliau masih kecil lagi dan dipelihara oleh ibunya yang mengakibatkan kehidupannya berada dalam keadaan kesusahan dan kesengsaraan. Apabila meningkat dewasa beliau, menjadi pegawai negeri kelas tiga, tetapi selang beberapa tahun dalam perkhidmatannya, beliau meletakkan jawatan. Conficius menjadi seorang guru pada 16 tahun berikutnya dan sedikit demi sedikit mencari pengaruh dan pengikut falsafah yang dianutinya.Kehebatan beliau terserlah ketika berumur 50 tahun kerana mendapat kedudukan tertinggi dalam pemerintahan Kota Lu, walaubagaimanapun selepas 4 tahun musuhnya memndakwanya di mahkamah sehingga beliau disingkir dari jawatannya dan dihalau keluar kota. Beliau menghabiskan 13 tahun sebagai guru dan pulang ke tempat asalnmya pada lima tahun terakhir hayatnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 S.M.

2. KITAB ANALECT @ YUN LU

Confucius dalam Kitab Yun Lu atau Analect yang termashyur telah menyatakan beberapa cara untuk menjadi JUNZI (budiman) iaitu tidak merasa resah, pilu atau takut. Bekerja dengan bersungguh - sungguh dan tidak melakukan kesalahan, melayani orang dengan bahasa yang baik dan teliti (mesra). Sifat JUNZI juga ialah sesorang yang hidup dalam aman damai , tidak sombong serta tidak menghina orang lain Selain itu Confucius menekan sifat YI yang bermaksud tanggungjawab dan peranan haruslah diasaskan kepada nilai kebaikan, manakala REN adalah nilai kemanusiaan yang berpaksikan kepada kasih sayang.

Seterusnya Kitab Analect menyatakan mengenai bentuk hubungan seperti berikut :

•WULUN

hubungan antara pemerintah dengan rakyat, ayah dengan anak, abang dengan adik, sahabat dengan sahabat dan suami dengan isteri.

•REN

kemanusian atau hubungan antara sesama manusia
3. FALSAFAH CONFUCIUS

Confucius adalah orang yang pertama sekali mengembangkan idea mengenai asas pemaduan alam fikiran dan kepercayaan orang Cina. Falsafah Confucius adalah mengenai moral orang perseorangan dan konsep pemerintahan berkenaan melayan kehendak rakyat jelata dan pemerintahan yang menjadi teladan. Beliau sering dianggap sebagai penyebar agama tetapi anggapan tersebut tidak benar dan meleset sama sekali. Beliau amat jarang sekali merujuk ajarannya kepada unsur ketuhanan malah menolak perbincangan alam akhirat dan menolak terus sebarang spekulasi metafizik. Beliau adalah seorang ahli falsafah yang sekular. Beliau hanya berminat dengan moral politik dan perlakuan individu sahaja.

Falsafah Confucius adalah selari dengan hukum yang ada dalam Golden Rule iaitu yang berbunyi 'jangan lakukan apa yang kamu tidak suka orang lakukan terhadap kamu". Pada dasarnya fahaman Confucius adalah sangat konservatif iaitu ajaran yang menekankan aspek kesetiaan dan mengambil berat berkenaan hal - hal keluarga dan penghormatan tertinggi kepada orang tua. Ajarannya juga memberi perhatian terhadap pentingnya seorang isteri taat dan hormat kepada suami. Begitu juga dengan seorang rakyat taat dan setia pada pemerintahnya.

Pengaruhnya begitu mendalam hingga ke lubuk hati dan menjadi petunjuk aliran pemikiran selama lebih 200 tahun dalam masyarakat Cina . Ini adalah kerana beberapa sebab iaitu :

• Pertama - kejujuran dan ketulusan Confucius adalah tidak perlu diragui.

• Kedua - beliau adalah seorang moderat dan praktikal dan tidak terlalu meminta - minta pekara yang tidak mampu diadakan. Beliau memahami dan menyelami akan kehendak dan budaya masyarakatnya sehinggakan masyarakat hormat dan meyakini ajarannya.

•TIAN atau DAO

iaitu merupakan konsep terhadap terhadap keluarga, Confucius mendidik manusia melalui saluran pendidikan untuk menghasilkan manusia yang budiman.

Falsafah Confucius juga dalam Kitab Yun Lu atau Analect menyatakan bahawa kewajipan yang perlu ada dalam menjaga kepentingan individu bukan menjaga kepentingan diri sendiri. Sifat ini adalah berbeza dengan budaya barat yang mementingkan diri sendiri. Implikasinya, menjadikan ianya sebagai sebuah falsafah negara yang hebat. Diukur dari segi kemampuan ajarannya kelihatan luar biasa dalam memelihara kerukunan dan kesejahteraan negara China. dalam jangka waktu tidak kurang 200 tahun jelaslah ianay dapat disenaraikan sebagai bentuk pemerintahan terbaik didunia. Sebagai orang Timur asas kebddayaan yang mesra, berbudaya dan lemah lembut mendasari pemikirannya.

4. CABARAN FALSAFAH CONFUCIUS ERA KOMUNIS CHINA

Zaman pemerintahan Komunis China di bawah kepimpinan Moa Tzs Tung, Pemimpin komunis China yang bersungguh - sungguh untuk melenyapkan akan ajaran Confucius dan memisahkan ajaran lama. Tetapi oleh kerana ajaran ini telah berakar umbi di China, sukar untuk dilupuskan ajaran Confucius.

5. REALITI FALSAFAH CONFUCIUS

Falsafah dan ajaran Confucius adalah falsafah yang selari dengan unsur - unsur kemanusiaan maka tidak hairan bahawa falsafah ini yang berlatarbelakangkan kebudayaan China diterima di Korea dan Jepun yang sememangnya dipengaruhi oleh kebudayaan Cina.

6. NILAI CONFUCIUS

Confucianisme adalah bukan agama yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan tetapi adalah agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya. Fahaman agama ini berasaskan ajaran. Confucianisme adalah berkenaan dengan Li seperti ketaatan, penghormatan, tatasusila, kasih saying, kepatuhan kepada peraturan sosial dan sebagainya. Confucisnisme adalah yang disanjung oleh golongan yang terpelajar dan pegawai-pegawai kerajaan

Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau juga sangat mahir tentang "Li", iaitu susunan tingkah laku yang baik. walaupun keluarganya dalam kesusahan, Confucius tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17 tahun. Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua berjalan dengan lancar. Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu. Oleh sebab pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat. Akan tetapi, pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius.

Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."

Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. Antaranya ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih saying patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara, kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan makanan yang mencukupi, kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.

Bagi masyarakat China. Mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memsaudarang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. Beliau yang mewujudkan Confucianisme, juga memetingkan penyembahan kepada nenek moyang.

Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.bagai satu kesimpulan, Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius memetingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran Confucius. Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana keturunannya. Ajaran Confucius menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara

7. KESIMPULAN

Confucius adalah merupakan seorang pemikir falsafah yang hebat dan agung yang mana idea - idea pemikirannya bersesuaian dengan sifat Universal. Ideanya merangkumi akan nilai - nilai kesejagatan yang mulia.

Confuicus juga dapat menerapkan nilai- nilai yang mulia di dalam Kitab Analect dan menjadi ikutan para pengikutnya di Negeri China walaupun terdapat usaha - usaha untuk menyelenyapkan Kitabnya di Zaman Komunis Era Mao Tze Tung. Namun demakian usaha negatif itu gagal.

Adalah nyata bahawa falsafah pemikir seperti Confucius telah membawa satu nilai yang sungguh hebat dan bersesuaian denga kehendak naluri manusia dalam konteks rohani dan jasmani.

Kitab Analects, pastinya sudah menjadi ikutan bagi penduduk China dan telah berkembang ke seluruh Asia yang sememangnya mempunyai Tamadun Asia yang lebih bersopan, mesra dan praktikal.

Tazkirah




Rasullullah saw bersabda, "Tiga yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan lelaki dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya." (HR Ahmad)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...