Monday, June 25, 2012

Renungan

Sayyidina Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala beliau sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Sayyidina Umar bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”
Tiba-tiba Sayyidina Umar memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?"
Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin dan selaku seorang raja yang berjiwa besar.

Renungkanlahhh…..

Renungan

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah s.a.w., dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Uthman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut di dalam mangkuk itu. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Abubakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Utsman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
'Ali r.a. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah s.a.w. berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Kemudian, malaikat Jibril membuat kenyataan seperti yang diminta oleh Rasullullah.

Malaikat Jibril a.s. berkata, "Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Nota Kuliah: Pentadbiran Awam

Organisasi

Definisi

Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan, dan organisasi.

Mengikut Jennifer M George:“Organization is a collection of people who work together to achieve individual and organizational goals” (Organizational Behaviour 3rd Edition 2002)

Definisi di atas menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi, sebagai satu unit sosial, penyatuan usaha, dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain. Penyatuan ini melambangkan kesepakatan yang jitu untuk kemajuan sesebuah organisasi.

Ciri-ciri organisasi

1. Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri.Misalnya, sebuah Pejabat Perbandaran Tempatan seharusnya ada perkihdmatan menyediakan perkhidmatan perbandaran untuk orang ramai. Seperti bahagian kecerian taman rekreasi, kemudahan pembayaran bil setempat dan urusan kaunter aduan. Semua jenis perkhidmatan ini perlu diselaraskan untuk memudahkan orang ramai untuk sebarang urusan. .

2. Bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang berkesan, sesebuah organisasi itu perlu mempunyai jumlah kakitangan yang berpatutuan. Mengikut keperluan kerja dan tugas. Sebagai contoh kakitangan bawahan di bahagian Unit Kecerian Bandar contohnya, sudah tentu berbeza dengan jumlah kakitangan di bahagian pengangkutan. Tingkat bidang kuasa atau autoriti juga memainkan peranan dalam hal ini. Ketua-ketua jabatan bertindak sebagai menyelaras untuk bahagian tertentu, Mereka akan mengawal selia setiap tindak tanduk orang dibawah jagaan mereka. Dengan lain perkataan, hierarki dan jumlah tingkat autoriti seharusnya berbeza diantara saru sama lain.

3. Pembahagian tugas dan tanggungjawab perlulah ada didalam sesebuah organisasi.sebagai. Sebagai contoh, Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai beberapa unit dan bidang tugas yang berbeza. Di bahagian pentadbiran mungkin ada unit latihan, unit cuti dan unit penguatkusaan. Dibahagian lain pula, terdapat unit untuk pengeluaran passport, visa kerja dan unit pembaharuan passport dan visa. Semua unit dan bahagian ini bekerja dan bergerak mengikut bidang tugas masing-masing.

4. Namun demikian, demi mencapai kualiti yang menyeluruh, pengawasan, penyelarasan serta perancangan perlu dititik beratkan. Semua aktiviti yang dijalankan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan. Kesedaran menngenai tangggungjawab ini perlu disampaikan kepada semua kakitangan.

"the limits on human collaboration in the organization setting are not limits of human nature but of management's ingenuity in discovering how how to realize the potential represented by its human resources (Douglas Mcgregor - The Human Side of Enterprise 1960)

Had ke atas kerjasama manusia dalam persekitaran organisasi bukanlah had sifat manusia tetapi kebijaksanaan pengurusan bagi menemui cara bagaimana untuk merealisasikan potensi yang diwakili oleh sumber manusia (Douglas McGregor – The Human Side of Enterprise 1960)



Nota Kuliah: Ketidaksamaan Sosial

Masalah Kebanjiran Pekerja Asing

ABSTRAK

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah. Tanpa kawalan dan sistem pencegahan yang sistematik maslaah ini akan menjadi suatu barah ke pada negara.

Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Wang negara banyak dihabiskan untuk menguruskan pusat-pusat tahanan ini. Senario ini juga akan mengakibatkan hubungan kedua-dua buah negara akan menjadi renggang. Layanan dan keperluan lain menjadi tuntutan yang perlu dipenuhi.. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.

Keselamatan sosial kita juga terancam. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mencari tempat untuk mendirikan kawasan perumahan untuk mereka.

1.0 PENDAHALUAN

Istilah pekerja adalah orang yang bekerja (lazimnya untuk mendapat bayaran atau memperolehi pendapatan), orang yang memegang sesuatu jawatan (dalam perkhidmatan awam atau swasta) mengikut Kamus Dewan Bahaas dan Pustaka Edisi Baru 1989 mula surat 607. Manakala istilah asing ialah yang berasal (datang dari) daerah atau negeri lain, bukan tempatan, bukan anak negeri : banyak bangsa atau bukan sebahagian daripada tempat yang berkenaan. Kamus DBP Edisi Baru 1989 m/surat 61.

Kehadiran pekerja asing di negara kita bukan merupakan satu perkara yang asing malah sering menjadi bualan dan isu yang hangat diperkatakan ketika ini. Buruh atau pekerja asing yang hadir telah memenuhi hampir setiap sektor pekerjaan yang terdapat di negara kita contohnya dalam sektor pembinaan, perkilangan, ladang, atau pertanian, juga perkhidmatan seperti restoran,dobi, pencucian, atau pembersihan dan sebagainya.

1.1 STATISTIK PENDATANG TANPA IZIN (PATI)

Mengikut perangkaan kerajaan, sehingga 31 Ogos tahun 2003, seramai 1,153,069 pekerja asing berkhidmat di Malaysia dalam pelbagai sektor. Menurut pecahan 355,782 bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan (297,642), pembantu rumah (230,926), perladangan (181,605) dan perkhidmatan (87,144). Manakala mengikut perangkaan terbaru, pekerja asing yang sah sehingga 1 Mac 2004 pula ialah sebanyak 1.2 juta orang iaitu bersamaan dengan jumlah pekerja tanpa izin di negara ini. Pekerja asing yang sah bekerja di negara ini membabitkan sektor pembantu rumah 240,964 orang, perkilangan (390,552) perladanganm(326,764), pembinaan (204,254) dan perkhidmatan 77,149 orang.

Statistik untuk setiap sektor pada tahun 2014 adalah berbeza jika dibandingkan dengan statistik pada tahun 2003. Terdapat sektor yang menunjukkan peningkatan dari segi jumlah, malah tidak kurang juga yang menunjukkan penurunan jumlah pekerja asing tersebut. Namun begitu, kehadiran pekerja asing ke Malaysia sudah menjadi satu “trend” dan perkara ini sukar dibendung walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan dan badan-badan yang berkaitan.

Seperti yang pernah dinyatakan oleh Pengarah Tenaganita, Dr Irene Fernandez, Malaysia masih dan amat bergantung kepada pekerja asing. Malah pada masa sekarang terdapat lebih dua juta tenaga kerja asing di negara ini termasuk pekerja asing tidak sah. Ini berikutan daripada kesanggupan mereka sendiri untuk melakukan kerja-kerja kotor, berbahaya serta menuntut kudrat tulang empat kerat. Manakala rakyat Malaysia tidak lagi mahu melakukan kerja-kerja seumpama ini.

Oleh demikian, pada tahun lalu sahaja kerajaan telah memutuskan untuk mengambil lebih ramai pekerja asing dari 12 negara termasuk Sri Lanka, Vietnam, Pakistan dan China sekaligus menjadikan isu kebajikan mereka bertambah penting.

Berikutan mempunyai tenaga asing yang ramai, industri pembinaan pula merupakan salah sebuah industri yang sangat sinonim dengan perkataan ‘’buruh asing’’. Pada masa sekarang, dianggarkan lebih 600,000 orang bekerja di sektor pembinaan termasuk 109,020 pekerja asing yang bekerja secara sah tetapi pekerja pendatang haram lebih tinggi, sekaligus membuktikan pergantungan Negara terhadap tenaga buruh masih tinggi.

Walaupun bagaimanapun, menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn, pengambilan pekerja asing tersebut hanya merupakan langkah sementara iaitu bagi memenuhi keperluan sektor-sektor yang kritikal. Seterusnya, Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab untuk mengadakan memorandum persefahaman(MOU) dengan beberapa negara sumber pekerja asing supaya kerajaan dapat mengawal pengambilan pekerja asing dengan lebih teratur dan memastikan mereka dibawa masuk atas keperluan ekonomi Negara yang sebenar dan bukan untuk bersaing dengan pekerja-pekerja tempatan.

Kedatangan pekerja asing ini tentulah untuk bekerja di negara yang mempunyai banyak peluang pekerjaan ekonomi khususnya pembinaan, peladangan, perkhidmatan dan perniagaan. Pekerja asing ini boleh dikelaskan kepada dua iaitu pekerja yang datang secara sah dan pekerja yang dating melalui jalan belakang atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pekerja yang datang ke Malaysia secara sah umumnya telah ditentukan jenis pekerjaan, majikan, tempat tinggal dan telah melalui melalui pelbagai proses untuk memenuhi kelayakan sebagai pekerja. Mereka kemudiaannya diberikan permit kerja yang dinyatakan tempoh kerja mereka di Negara ini. Kategori pekerja jenis ini mempunyai dokumen perjalanan yang sah, bebas daripada penyakit berjangkit, mempunyai kontrak pekerjaan yang sah dan tidak membawa banyak masalah kepada masyarakat. Majikan mereka juga lebih bertanggungjawab dengan menyediakan tempat kediaman, makanan dan perkhidmatan perubatan.

Kategori kedua ialah PATI yang tidak pernah melalui proses seperti kategori pertama. Mereka juga tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, risiko penyakitberjangkit yang tinggi dan seperti tuberculosis (tibi) dan mudah dieksploitasi. PATI yang ditangkap kerana pelbagai kesalahan imigresen dan jenayah hanya membebankan pihak kerajaan kerana terpaksa menanggung kos penahanan dan penghantaran ke negara asal mereka. Kes-kes yang lebih rumit seperti imej implikasi buruk terhadap negara asal mereka. Kes-kes yang lebih rumit seperti imej implikasi buruk terhadap negara asal pendatang berkenaan.

2.0 FAKTOR PENINGKATAN PEKERJA ASING

Kebanjiran pembantu rumah warga asing di Malaysia adalah berpunca daripada faktor penarikan yang terdapat di Malaysia sendiri dan juga faktor penolakan dari negara asal mereka. Malaysia sebenarnya merupakan ‘lubuk emas’ yang tidak mahu digali oleh penduduk tempatan sendiri. ‘Lubuk emas’ dalam erti kata terlalu banyak peluang kerja di sini tetapi penduduk tempatan kurang berminat untuk menceburinya terutama menjadi pembantu rumah. Sikap tidak mahu ‘terikat’ atau ‘terkongkong’ menyebabkan mereka beralih ke sektor yang menawarkan pendapatan yang lebih lumayan serta selesa. Oleh itu, majikan tempatan terpaksa mengambil pembantu rumah asing untuk mengisi kekosongan sektor pekerjaan tersebut.

Berdasarkan jawapan kepada pertanyaan bertulis oleh Senator Dr. S. Ramakrishnan kepada Menteri dalam Negeri di dalam PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA SESI JULAI 2011 mengenai jumlah pembantu rumah asing yang bekerja di Malaysia, statistiknya adalah seperti berikut:

Negara Sektor INDONESIA BANGLADESH NEPAL MYANMAR INDIA

Pembantu rumah 189,391 64 63 114 497

Terdapat paling ramai pembantu rumah warga asing yang berasal dari Indonesia kerana faktor geografi iaitu kedudukan negara Indonesia yang hampir dengan Malaysia di samping faktor bahasa dan budaya yang hampir sama.

Selain daripada itu, sikap pihak majikan yang memberi perlindungan kepada pembantu rumah asing ini menjadi faktor pemangkin kepada penumpuan mereka di Malaysia. Mereka berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit yang sah.

Peraturan Imigresen dan dasar pengambilan pekerja juga amat longgar di Malaysia. Pengeluaran permit pekerja asing dikeluarkan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira keperluan sebenar pihak majikan. Pembantu rumah warga asing dibenarkan bekerja selama 3 tahun dan boleh dilanjutkan setahun ke setahun sehingga ke tahun kelima. Majikan boleh memohon untuk melanjutkan permit kerja pekerja asing mereka melebihi tempoh lima tahun bagi pekerja asing yang dianggap sebagai pekerja mahir.
Disamping itu juga, keamanan negara Malaysia menjadi daya penarik kepada pembantu-pembantu rumah warga asing ini untuk bermastautin di sini.Dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, daripada 150 negara yang dibuat kaji selidik, Malaysia menduduki tempat yang ke – 19 paling aman di dunia. Kedudukan ini adalah berdasarkan kaji selidik Institusi Ekonomi dan Keamanan Sedunia yang berpangkalan di Sydney, Australia. Keadaan ini menjamin keselamatan mereka untuk tinggal di sini. Hal ini amat berbeza dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan.
Selain daripada itu, kemiskinan dan pengangguran di negara asal menyebabkan warga asing sanggup meninggalkan kampung halaman semata-mata untuk datang ke Malaysia mencari rezeki. Menurut Prof Klara Meliyanti Kusharto ( Guru Besar Ilmu Gizi Fakultas Ekologi Manusia IPB Indonesia) , berdasarkan data yang dinyatakan oleh UNDP, Indonesia merupakan negara dengan Indeks Pembangunan Manusia (IPM) terendah di kawasan Asia Tenggara. IPM Indonesia jauh di bawah Filipina yang menduduki tangga ke-97 danThiland ke-92. Sebagaimana yang diketahui, kebanyakan pembantu rumah warga asing yang bekerja di Malaysia adalah berasal dari negara-negara yang disebutkan di atas.

3.0 IMPLIKASI KEDATANGAN PATI

Mengikut perangkaan Kerajaan Malaysia pada tahun 2003, seramai 1,153,069 pekerja asing berkhidmat dalam pelbagai sektor di Malaysia. Manakala mengikut statistik terbaru Jabatan Imigresen Malaysia pada 31 Ogos 2011, seramai 2,320,034 orang pekerja asing di Malaysia dimana seramai 1,016,908 orang adalah pekerja asing sah taraf dan 1,303,126 orang adalah pekerja asing yang tidak berdaftar (pendatang asing). Lebih 50% pekerja asing adalah pendatang asing yang mampu memberi implikasi negatif dalam pelbagai aspek (Kementerian Dalam Negeri).

Disini akan dibincangkan implikasi negatif pekerja asing atau pembantu rumah kepada negara terlebih dahulu. Implikasi pekerja asing atau pembantu rumah akan dibincangkan dalam aspek Ekonomi, Politik, Keselamatan dan Masalah Sosial.

3.1 IMPLIKASI KEPADA MASALAH SOSIAL

Pelbagai masalah sosial terjadi akibat daripada kebanjiran pekerja asing, bayangkan pekerja asing yang berada di Malaysia kini dianggarkan sebanyak 10% daripada jumlah rakyat di Malaysia berbanding kumpulan etnik ketiga terbesar di negara ini iaitu India yang hanya mencakupi 7% daripada jumlah penduduk Malaysia. Oleh yang demikian, dengan kepelbagai etnik pekerja asing dan ditambah dengan sosiobudaya mereka, masalah sosial adalah impak negatif yang terbesar dalam negara.

Pengambilan pekerja asing dari Bangladesh pernah dibekukan pada 6 Februari 2002 kerana menimbulkan banyak masalah moral dalam negara ini. Golongan ini seringkali dilaporkan mengganggu (boleh ditakrifkan sebagai gangguan seksual) isteri atau anak gadis rakyat tempatan di khalayak ramai tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah. Perangai yang tidak bermoral itu telah membawa pergaduhan dengan penduduk tempatan (Fokus, Julai 2002).

Pekerja asing yang berasal daripada Lombok Indonesia seringkali menimbulkan masalah sosial. Masalah sosial ini juga bolehlah dikategorikan sebagai jenayah, iaitu jenayah terancang. Mengikut adat perkahwinan Lombok, Suku Sasak mempunyai adat perkahwinan yang cukup unik dan masih diamalkan sehingga kini. Jika seseorang jejaka ingin memikat gadis, mereka akan bertandang kerumah gadis tersebut dengan menunjukkan segala kebaikan yang dimilikinya dari adab, kesopanan, budibahasa, pengetahuan agama, ketaatan mahupun harta kekayaannya. Jejaka Lombok ini juga bercinta dengan menunjukkan sepenuh kasih sayangnya dan hanya dibenarkan bertandang ke rumah gadis hanya selepas Isyak sehingga jam sepuluh malam. Jejaka tersebut akan melarikan gadis tersebut jika sudah sampai masa untuk mereka berkahwin. Si jejaka ini akan memperkenalkan gadis tersebut kepada keluarganya dan setelah itu akan mengutuskan ketua kampung untuk merisik gadis tersebut.

Adat perkahwinan Lombok ini amatlah tidak sesuai diamalkan di negara ini yang memiliki adat yang tersendiri. Namun, kemasukan pekerja asing terutamanya daripada Lombok Indonesia ini membawa budaya mereka ke sini malah mereka mengamalkan budaya mereka itu di sini dan mengakibatkan pelbagai implikasi undang-undang serta sosial. Perkara ini mampu memecahbelahkan keluarga masyarakat di Malaysia. Kes-kes Pekerja daripada Lombok Indonesia yang membawa lari anak gadis rakyat tempatan menyebabkan kecederaan psikologi keluarga gadis.

3.2 IMPLIKASI KEPADA MASALAH EKONOMI

Statistik pada tahun 2006 menunjukkan seramai 90,000 orang rakyat Malaysia yang menganggur. Manakala seramai 242,190 atau 3.8 peratus daripada 6.3 juta pelajar sekolah di seluruh negara gagal menamatkan persekolahan sehingga ke tingkatan lima (Jabatan Perangkaan Malaysia).

Oleh yang demikian, sektor ekonomi rumah tangga terjejas dengan peluang pekerjaan diisi oleh pekerja asing, sedangkan rakyat tempatan tidak mampu memasuki pasaran pekerjaan. Kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke 9 telah menjadikan modal insan sebagai teras kedua daripada teras utama misi nasional. Keberkesanan usaha menjana modal insan ini boleh diukur daripada jumlah pekerja asing yang masih lagi mengisi ruang-ruang sektor pekerjaan (Soijah Binti Likin 2005).

Ekonomi negara sebenarnya berkait rapat dengan pendatang asing yang berada di Malaysia. Jika kedatangan pelancong asing menyumbangkan sebanyak 43.0 peratus daripada pendapatan akaun perkhidmatan dalam imbangan pembayaran negara, pekerja asing juga mengalirkan wang dalam negara ke negara asal mereka sehingga mencecah berbilion ringgit setahun dan ini telah merugikan negara.

3.3 IMPLIKASI KEPADA KESELAMATAN

Keselamatan rakyat setempat, sektor-sektor tertentu dan negara secara keseluruhannya berada ditahap yang membahayakan jika kadar pendatang asing di negara ini terlampau tinggi. Seramai 77 orang waga Afrika yang ditahan sejak januari hingga oktober 2011 manakala 66 orang daripadanya adalah merupakan pengedar dadah manakala bakinya adalah penagih dadah (Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bukit Aman).

Warga Afrika ini datang ke Malaysia di bawah status pelajar dan datang ke Malaysia bagi ‘mengisi kekosongan peluang pekerjaan di dalam sektor pengedaran dadah’. Modus operandi mereka mudah iaitu masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar.

Selain daripada itu, pendatang asing yang masuk secara haram didapati banyak terlibat dengan jenayah seperti penyalahgunaan dadah, pemerdagangan manusia dan jenayah harta benda. Mengikut statistik, walaupun hanya 4.57% peratus daripada 37,817 (Rancangan Isu@1) sahaja yang melibatkan pendatang asing, namun ianya masih lagi membahayakan kerana rakyat negara luar sepatutnya tiada akses ke atas negara lain untuk melakukan jenayah.

Pekerja asing akan berkumpul pada cuti-cuti perayaan tertentu seperti perayaan Aidilfitri. Di Kuala Lumpur, ketika perayaan Aidilfitri pada tahun 2007, puluhan ribu pendatang asing berkumpul di tempat-tempat utama di ibu negara seperti KLCC dan Dataran Merdeka yang menyebabkan berlaku kekecohan, kekotoran, vandalisma dan pelbagai jenayah lain.

4.0 DASAR KERAJAAN MALAYSIA

Kerajaan Malaysia melalui Kabinet Menteri memutuskan mengenai keperluan pekerja asing

/ pembantu rumah di negara ini adalah berdasarkan kepada keperluan negara menggunakan

guna tenaga luar berdasarkan kepada pembangunan negara yang yang pesat membangun.

Kepesatan pembangunan negara telah mula dirasakan semenjak tahun 1970 ‘an lagi sehingga kini berpandukan Rancangan Malaysia (RM) 1 hingga RM (9) Sembilan kini yang telah diatur oleh Kerajaan Malaysia. Dalam merealisasikan akan impian terhadap pembangunan negara yang pesat, keperluan mewujudkan satu polisi atau dasar khas untuk pekerja asing adalah perlu bagi mengawalselia dan memantau akan keperluan pekerja asing/pembantu rumah bagi keperluan dalam negara. Rasionalnya bahawa penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta orang perlu dipelihara akan kepentingannya walaupun menggunakan pekerja asing dari luar negara.

Implikasi daripada limpahan kemewahan ekonomi negara yang makmur dan kestabilan politik semasa yang meyakinkan maka kehadiran dan kebanjiran pekerja luar atau pekerja asing sudah tidak dapat dielakkan lagi. Relaitinya banyak peluang pekerjaan adalah termasuk dalam bidang kerja berat dan kotor (heavy work and hot work) dan berisiko tinggi, ramai penduduk tempatan tidak sanggup dan mampu melakukan kerja tersebut. Bagi menampung akan lompang peluang pekerjaan yang perlu diisi tersebut, maka pengambilan dan penggunaan pekerja asing tidak dapat dielakkan lagi.

Pekerja asing / pembantu rumah yang bekerja di Malaysia adalah berasal dari Negara Sumber iaitu negara yang menyalurkan pekerja asing seperti negara Indonesia, Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Kemboja, Sri Lanka, Vietnam, China , Bangladesh dan Pakistan.

4.1 DASAR PEKERJA ASING MALAYSIA

Dasar Pekerja Asing di Malaysia adalah di bawah bidang dan kuasa Jawatan Kuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin.

Jawatan kuasa yang ditubuhkan adalah terdiri dari pelbagai kementerian dan agensi seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Kementerian Kerja (JTK). Berdasarkan kepada status Malaysia sebagai kelompok negara ketiga iaitu negara - negara dunia yang membangun, penggunaan tenaga kerja luar adalah tidak dapat dielakkan. Penggunaan tenaga kerja luar diperlukan memandangkan pembangunan negara yang pesat dialami oleh Malaysia. Penggunaan tenaga kerja luar diperlukan memandangkan wujudnya pekerjaan di Malaysia di dalam pelbagai sektor seperti perladangan, pembinaan, pelancongan domestik (pembantu rumah) dan perkhidmatan.

Sebenarnya mengikut Menteri Dalam Negeri iaitu YB Datuk Seri Hishamuddin Bin Tun Hussien menyatakan bahawa terdapat satu (1) juta peluang pekerjaan yang masih belum diisi oleh pekerja tempatan mahupun pekerja asing .Sehingga November 2011, laman jobsmalaysia.com.my mecatatkan bahawa 256,505 peluang pekerjaan semasa di dalam negara. Ini tidak termasuk 20,000 peluang pekerjaan sebulan dalam sektor pembuatan, pembinaan da pertanian. Kenyataan bahawa Kerajaan Malaysia tidak menyediakan peluang pekerjaan adalah kenyataan yang salah sama kerana sehingga Oktober 2011 statistik pekerja asing yang direkodkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia merekodkan lebih 2.3 juta PATI mendaftar secara sukarela. Daripada jumlah itu, sermai 1.3 juta adalah PATI manakala selebihnya pendatang sah. Justeru itu, Kerajaan Malaysia melalui KDN melaksanakan Program Penyelesian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

4.2 PROGRAM PENYELESAIAN MENYELURUH PEKERJA / PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) ATAU PROGRAM 6P

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memutuskan untuk melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja / Pendatang Asing Tanpa Izin atau yang dipanggil Program 6P. Dasar Kerajaan Malaysia melalui Program 6P ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti dan memantau akan keperluan pekerja asing bagi negara ini.

4.3 APAKAH PROGRAM 6P ?

Program 6P adalah agenda nasional yang merangkumi enam (6) tindakan. Tindakan – tindakan itu adalah PROGRAM PENDAFTARAN PEKERJA/PENDATANG ASING TANPA IZIN, PROGRAM PEMUTIHAN PATI, PROGRAM PEMANTAUAN PATI, PROGRAM PENGUATKUASAAN PATI DAN PROGRAM PENGUSIRAN PATI.

Program 6P ini diadakan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengambil data PATI, membenarkan mereka bekerja di dalam sektor tertentu melalui program pemutihan tertakluk kepada polisi semasa dan membenarkan PATI untuk pulang ke negara asal mereka tanpa melalui proses perundangan melalui Program Pengampunan. Manakala golongan PATI yang didapati melanggar undang – undang akan diambil tindakan melalui Program Penguatkuasaan dan Program Pengusiran.

4.4 KENAPA KERAJAAN MELAKSANAKAN PROGRAM 6P ?

Kerajaan Malaysia melaksanakan Program 6 P ini adalah bertujuan seperti berikut :

1. Memperolehi data mengenai jumlah warga asing di Malaysia.

2. Regularisasi pekerja asing yang tidak sah dan pengagihan pekerja ke sektor yang memerlukan.

3. Kawalan keluar masuk dan mengesan keberadaan warga asing.

4. Memberi nasihat kepada PATI dan majikan agar tidak melakukan kesalahan Imigresen.

5. Memberi kelonggaran kepada PATI untuk pulang ke negara asal.

4.5 PROGRAM PENDAFTARAN

Program Pendaftaran diadakan adalah untuk mendaftarkan PATI yang berada di dalam Malaysia dan tempoh pelaksanaannya adalah selama dua (2) minggu bermula 1 Ogos 2011 dan berakhir pada 14 Ogos 2011. Pendaftaran dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Syarikat Pengurus manakala PATI yang mendaftar akan diberikan dokumen pengenalan diri sebagai bukti PATI telah mendaftar dan merupakan identiti PATI sehingga dokumentasi selesai.

Program Pendaftaran yang akan dijalankan di JIM adalah secara percuma dan dilakukan oleh Pegawai Imigresen yang terlatih manakala bagi Syarikat Pengurus yang dilantik sah oleh KDN adalah dikenakan bayaran. Ianya dikendalikan oleh pekerja Syarikat Pengurus yang dibenarkan beroperasi di Malaysia.

4.6 PROGRAM PEMUTIHAN

Program Pemutihan ini adalah berkaitan PATI diregularisasikan bagi membolehkan mereka bekerja di Malaysia. Permohonan Pemutihan adalah tertakluk kepada sektor / sub sektor yang dibenarkan, negara sember yang dibenarkan dan turut mengambil kira kriteria/kelayakan majikan secara nominal. Majikan juga bertanggungjawab membayar levi kepada kerajaan.

Program Pemutihan ini akan dilaksanakan dalam tempoh (3) tiga bulan selepas selesai Program Pendaftaran.

Dasar Asas Program Pemutihan adalah berdasarkan kepada (3) tiga katogeri berikut :

1. Warganegara : hanya warga asing dari negara sumber yang dibenarkan

2. Sektor : sektor dan subsektor yang dibenarkan termasuk yang dibekukan

3. Majikan : majikan yang layak berdasarkan peraturan semasa

4.7 PROGRAM PENGAMPUNAN

Program Pengampunan adalah untuk PATI yang melakukan kesalahan Imigresen sahaja dibenarkan pulang ke negara asal masing – masing tanpa dikenakan tindakan undang – undang.

Syarat Pengampunan

1. PATI hendaklah mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tiket pulang ( kecuali perjalanan darat bagi warganegara Thailand).

2. PATI hadir sendiri ke Pejabat Imigresen.

3. Perlu proses pendaftaran dan pengambilan biometrik (pengambilan cap jari tangan).

4. Pulang ke negara asal mengikut pintu masuk yang ditetapkan sahaja iaitu seperti berikut :

• Padang Besar Perlis

• Bukit Kayu Hitam, Jeti Kuah Langkawi Kedah

• Rantau Panjang Kelantan

• Pengkalan Hulu Perak

• Pelabuhan Kelang, KLIA/LCCT Selangor

• Stulang Laut, Pasir Gudang Johor

• LTA Bayan Lepas Pulau Pinang

• Port Dickson Negeri Sembilan

• Pelabuhan Melaka Melaka

4.8 PROGRAM PEMANTAUAN

Program Pemantauan adalah untuk mengawal dan mengurus warga asing yang berada di Malaysia. Pemantauan dikenali sebagai Operasi Nasihat yang mana pemeriksaan terhadap PATI akan diadakan. Satu (1) minggu notis akan dikeluarkan untuk pendaftaran, pemutihan dan pengampunan. Pemantauan dilakukan supaya semua pihak dimaklumkan sebelum tindakan penguatkuasaan dijalankan.

4.9 PROGRAM PENGUATKUASAAN

Program Penguatkuasaan adalah berkaitan dengan PATI dan majikan yang masih melakukan kesalahan Imigresen akan dikesan dan ditangkap melalui Operasi Penguatkuasaan Bersepadu terhadap PATI se;lepas Program Pemutihan berakhir. Tindakan perundangan yang lebih tegas akan diambil termasuk tindakan perundangan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010/ bagi kesalahan mendapat keuntungan daripada eksploitasi orang yang diperdagangkan dengan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta dan dilucutkan keuntungan yang diperolehi daripada memperdagangkan orang tersebut.

Utusan Malaysia bertarikh 15 Oktober 2011 menyatakan dengan tajuk berita bahawa 4 Juta Penguat Kuasa Digerak dalam operasi besar- besaran terhadap majikan dan PATI yang ingkar dalam Program 6P. Pegawai Penguatkuasa yang terlibat secara besar- besaran dalam Operasi Penguatkuasaan adalah terdiri seperti berikut iaitu:

Operasi membabitkan lokasi di darat, laut, dan sempadan darat itu bakal diketuai oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala Operasi Darat akan membabitkan PDRM, RELA ATM, Jabatan Depot, PBT, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jawatan kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK).

Operasi di laut pula diletakkan di bawah tanggungjawab JKDRM, TLDM, Jabatan Laut dan Jabatan Perikanan sementara di sempadan darat membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), PDRM, Jabatan Imigresen, Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDRM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), RELA, Jabatan Depot serta Polis sempadan di bawah KDN.

“Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat agensi penguatkuasa pelaksanaan program 6P anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.”

Ia juga bakal disertai oleh agensi kerajaan yang lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Unit Pencegahan Penyeludupan, Jabatan Tenaga Kerja JPAM, AADK, KPDNKK, Jabatan Laut, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM),

Jabatan Imigresen diberi tanggungjawab sebagai agensi peneraju yang bertanggungjawab merancang dan menyediakan pelan strategik operasi penguatkuasaan, menyelaras, tindakan operasi di peringkat negeri dan melaporkan statistik harian penguatkuasaan kepada jawatankuasa pelaksana Program 6P di KDN. Dalam konteks perundangan pula, Operasi Penguatkuasaan yang dilaksanakan di bawah agensi yang mempunyai kuasa di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 Pindaan 2010 manakala agensi yang tidak tertakluk di bawah akta tersebut hanya boleh menjalankan operasi penguatkuasaan dengan disertai anggota Jabatan Imigresen sebagai peneraju, katanya.

4.10 PROGRAM PENGUSIRAN

Program Pengusiran merupakan aktiviti pelaksanaan terhadap PATI yang ditangkap melalui Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang akan diambil mengikut tindakan perundangan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Passport 1966 dan Peraturan Imigresen 1963. PATI yang telah ditangkap akan disyorkan untuk diambil tindakan pendakwaan di Mahkamah iaitu penjara, denda, sebat ataupun kompaun berdasarkan jenis kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen. PATI yang telah selesai menjalani hukuman seperti yang diputuskan oleh Mahkamah akan diusir keluar ke negara asal.

5.0 KESIMPULAN

Dasar Kerajaan Malaysia adalah konsisten dalam menangani masalah pekerja asing yang telah menjadi nadi pembangunan negara. Penggunaan pekerja asing/pembantu rumah dalam negara kita kini sukar untuk dielakkan dan ianya sudah menjadi keperluan yang mendesak. Antara faktor Kerajaan Malaysia melaksanakan Program 6P adalah berkaitan dengan persoalan mengenai keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. Begitu juga dalam soal kesihatan yang mana PATI juga membawa penyakit ke dalam negara. Peningkatan penyakit berjangkit seperti penyakit AIDS, TB, Malaria dan sebagainya juga adalalah berpunca dari PATI. Faktor budaya masyarakat setempat adalah berbeza dengan pekerja asing yang datang juga membawa implikasi negatif kepada penduduk setempat. Pekerja asing juga tidak menghormati akan budaya tempatan yang lebih sopan seperti tidak meminum arak di khalayak ramai dan mengacau anak isteri orang.

Dasar Pekerja Asing yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan pasti berjaya, berkesan dan menepati hasrat sebagai negara selamat bertepatan dengan Gagasan 1 Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

6.0 BIBLIOGRAFI

1. Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002

2. Jabatan Imigresen Malaysia, 2011

3. Kamus Dewan Edisi Baru 1989

4. Utusan Malaysia, Buruh paksa antara perhambaan alaf baru muka 6 m/s 10/12/2011

5. Soijah Binti Likin, “Pekerja asing di Malaysia-keperluan atau pembaziran modal insan tempatan”, USM, 2005.

5. Muhammad Salleh, “Realiti di sebalik isu pendatang tanpa izin”, Indonesia, 2002.

Transkrip, “Rancangan Isu@1”,RTM1,17 Mac 2009.

6. Soijak Binti Likin, “Penghijrahan Dari Indonesia Ke Malaysia: Kajian Kes Tentang Pekerja Wanita Indonesia di Sungai Nibong, Pulau Pinang”, Tesis Sarjana, USM, 2004.

7. Wan Salleh, “Bengkel Mengenai Pekerja Asing Di Malaysia”, Kertas Kerja, UM, 23 Oktober 1996.



Isu Semasa

Gejala sosial dan isu pembuangan bayi

1.0 Pengenalan

Saban hari kita mendengar kejadian pembuangan bayi dan gejala sosial di kalangan para remaja. Isu ini bagai satu wabak dan virus dan menyerang tubuh masyarakat. Golongan remaja dan pelajar merupakan golongan yang mendapat perhatian hebat dari segenap lapisanmasyarakat. Golongan ini adalah pewaris negara, itulah yang merunsingkan kita bila bila mengenai isu ini.

Berbagai pihak telah tampil dengan berbagai andaian, mencari punca sebenar dan kadangkala ianya seperti tiada kesudahan. Pihak sekolah akan menyalahkan ibubapa di rumah kerana gagal mnegawal anak mereka. Ibubapa pula menyalahkan pihak sekolah kerana gagal menyediakan suatu system pendidikan yang berkesan. Pihak media juga turut dipersalahkan kerana sering bersifat terbuka didalam beberapa isu. Berita hiburan yang melampaui batas dikatakan menjadi punca utama. Benarkah begitu?

BIla ditinjau dari sudut sejarah islam, isu telah berlaku di Zaman Firaun dimana dia akan membunuh semua bayi lelaki yang baru dilahirkan. Firaun yang mengaku dirinya sebagai tuhan, akan menyuruh bala tentera dan pengikutnya untuk mencari dan membunuh bayi lelaki. Ketika ini, ianya dikenali dengan Zaman Jahillyyah. Namun demikian, di dalam zaman moden yang serba canggih ini, kejadian ini berulang kembali. Tetapi kali ini, pembunuhan bayi berlaku kepada kedua-dua jantina baik lelaki mahupun perempuan.

Statistik menunjukkan penigkatan hampit setiap tahun. Penignkatan ini bukan untuk dibanggakan atau untuk mencari salah sesiapa. Mengikut Laporan Polis Diraja Malaysia, antara tahun 2000 sehingga 2006 sebanyak 580 orang bayi telah dibuang. Ironinya, majoriti 92% iaitu 532 adalah bayi yang baru lahir sementara 8% iaitu sebanyak 48 kes adalah janin. Angka ini menunjukkan gejala ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Amat membimbangkan. Menurut Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat pula sebanyak 102 kes pembungan bayi yang telah direkodkan. Bagi tahun 2005 sehingga 2009 jumlah kes pembunangan di seluruh negeri adalah sebanyak 407 kes. Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah dengan 65 kes.

Bagi statistik anak anak tak sah taraf di kalangan bangsa melayu adalah yang kedua paling tinggi untuk tahun 2009 iaitu seramai 17,303. Statistik ini tidak termasuk bayi yang dilahirkan hidup, kemudian mati akibat ditinggalkan di tempat pembungan sampah, surau, tandas dan sebagainya.

Berita ini juga memang menyesakkan nafas kita. Belum lagi kita mengeluarkan statistik gejala sosial yang lain seperti seks rambang, penagihan dadah dan sebagainya. Angka ini juga dapat dijadikan indikator bahawa negara kita didalam dilema yang begitu meruncing. Perlu diingatkan juga bahawa penglibatan anak melayu yang beragama islam adalah amat tinggi. Jika ini dibiarkan dengan tanpa langkah susulan yang berkesan, perubahan sosial yang bercelaru akan melahirkan sebuah negara Malaysia yang mempunyai t jatidiri yang rendah.

2.0 Punca Gejala Sosial

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada isu gejala sosial dan pembungan bayi ini. Jika dilihat dari sudut remaja itu sendiri, kecelaruan personaliti bolelah dikatakan sebagai penyumbang terbesar, Namun demikian isu pengetahuan asas agama juga tidak perlu di pandang ringan. Berikut disenaraikan beberapa elemen yang berkaitan:

2.1 Kurangnya pengetahuan asas agama

Didikan agama adalah isu yang terpenting dalam masalah sosial ini. Ajaran agama dapat bertindak sebagai pendinding atau penghalang daripada melakukan perkara-perkara yang kurang sihat. Tanggungjawab ibubapa dalam menyediakan didikan agama kepada anak-anak adalah sesuatu yang dianggap kemestian dan wajib. Remaja adalah golongan yang paling banyak terdedah kepada berbagai cabaran dunia. Didikan agama juga akan membuatkan remaja atau anak-anak untuk mengerjakan solat. Solat jika dilakukan dengan sempurna akan dapat menghindarkan kita dari melakukan maksiat.

2.2 Keluarga

Institusi keluarga perlu menyemai perasaan kasih sayang kepada ahli keluarga. Di zaman moden ini, ikatan institusi keluarga ini amat longgar. Perpecahan sering berlaku. Ini akan mnegakibatkan anak-anak atau remaja akan mencari haluan mereka sendiri. Bila ini berlaku, mereka sering terjebak kepada golongan yang tidak bermoral. Kedua ibubapa perlu tahu ke mana dan dengan siapa anak mereka berkawan. Ini akan mengelakkan peristiwa yang tidak inngini berlaku. Bila ini terjadi, sesalan tidak berguna lagi seperti kata pepartah lama “bila nasi sudah menjadi bubur”.

Antara amalan yang baik yang perlu dilakukan untuk mengeratkan hubugan kekeluargaan ialah seperti makan malam bersama, berkelah dan bercuti. Mengunjungi sanak-saudara juga amat digalakkan.





2.3 Pengaruh rakan-rakan sebaya

Pada usia remaja mereka akan mencari rakan-rakan mereka yang sebaya. Mereka akan mencari sebeberapa ramai kawan yang boleh. Mereka akan menceritakan segala masalah mereka dengan rakan sebaya berbanding dengan keluarga mereka sendiri. Pemilihan kawan yang baik adalah penting di saat ini. Terdapat rakan sebaya yang kadang kala akan mengakibat pengaruh yang tidak sihat.

2.4 Pengaruh media massa

Semua elemen media massa baik elektronik dan media cetak turut menyumbang serba sedikit dalam isu ini. Hiburan yang melampau akan turut mempengaruhi minda dan jiwa anak-anak dan remaja. Kini sudah menjadi kebiasaan aksi-aksi yang berunsur lucah terpampang di muka televisyen. Rangsangan seperti ini akan menjadi jiwa remaja semakin kacau.

3.0 Langkah mengatasi gejala sosial dan isu pembuangan bayi

Tindakan perlu dilakukan dengan segera. Semua ahli masyarakat dari segenap lapisan tidak kira pangkat dan warna kulit perlu berganding tenaga. Terdapat tiga kelompok atau elemen yang amat penting untuk dibincangkan. Peranan sekolah, masyarakat dan kerajaan. Ketiga-tiga golongan atau badan ini mewakili sesebuah komoniti.

3.1 Peranan sekolah

Sekolah adalah tempat anak-anak dan para remaja menimba ilmu. Banyak ilmu yang boleh didapati di sekolah. Mereka akan menghabiskan masa 6-7 jam sehari di sekolah. Di sekolah mereka juga akan bergaul dengan rakan-rakan sebaya.

Pihak sekolah perlu mengadakan beberapa program seperti lawatan ke Pusat Jagaan Kanak-kanak, Pusat Jagaan Orang-orang Tua dan Pusat Pemuliharaan Wanita. Langkah ini dilihat sebagai cara untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan remaja. Begitu juga pihak sekolah juga perlu menerangkan betapa pentingnya dalam pemilihan rakan sebaya yang baik. Melalui sessi kaunseling, pihak sekolah dapat mengesan masalah sosial ini lebih awal. Dengan ini, sebelum terjebak ke lembah yang lebih hina, pihak sekolah perlu memainkan peranan yang proaktif.

Disamping itu juga, pihak sekolah wajar memperbanyakkan program yang berunsur keagamaan. Contohnya solat hajat bersiri, kem solat dan kem ibadah. Program sebegini dapat memberi peluang remaja tersebut menimba beberapa ilmu mengenai cabaran hidup masa kini. Melalui program sebegini juga, para remaja akan berpeluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan seterusnya menghindarkan diri dari gejala yang tidak sihat.

Namun demikian, jika berlaku gejala sosial yang tidak sihat sewaktu di sekolah, pihak perlu memberitahu kepada pihak berwajib. Terdapat ramai pengusaha sekolah yang berselindung dan menyembunyikan isu-isu gejala sosial di sekolah mereka. Mereka akan cuba menyembunyikan dari pengetahuan masyarakat. Akibatnya, bilangan kes semakin bertambah tambah ada penurunan sedikit pun.

3.2 Peranan Keluarga

Intitusi keluarga adalah salah satu institusi yang terpenting. Slogan rumahku syurgaku perlu diberi perhatian. Remaja yang terjebak didalam kancah gejala sosial hampir 60% datangnya dari keluarga yang bermasalah. Ibu dan bapa sibuk mencari nafkah dan bekerja. Mereka melupakan terus tanggungjawab mendidik anak mereka. Bila keadaan ini berlaku, remaja akan cuba mencari “keluarga” yang lain. Tanpa mereka sedari bahawa kelaurga baru mereka akan membawa mereka ke lembah kehinaan. Bermula dengan penagihan dadah, remaja tersebut sudah berani untuk mengamalkan seks bebas. Seterusnya anak yang baru hasil dari cinta terlarang itu, akan menghasilkan “anak haram” atau anak luar nikah.

Sebagai ahli keluarga yang prihatan, semua ahli keluarga perlu mengambil berat dan mengambil tahu perihal ahli keluarga yang lain. Jika ada diantara ahli keluarga yang menghadapi masalah, seluruh ahli keluarga wajib membantu.

Dalam erti kata lain, keluarga adalah tempat untuk membentuk nilai-nilai murni di dalam kehidupan. Bukan setakat cara memilih rakan sebaya atau memilih teman hidup, keluarga juga boleh bertindak sebagai tempat rujukan kepada yang bermasalah.

3.3 Peranan Kerajaan

Kerajaan dilihat sebagai satu kuasa yang menetukan perjalanan sesebuah negara. Peraturan dan penguatkuasaan juga datangnya daripada kerajaan. Kerajaan perlu bertindak melalui dasar kerajaan dan memperkenalkan beberapa undang-undang baru.Itu pun jika undang-undang yang ada belum mencukupi untuk membendung masalah ini.

Kesimpulan
Gejala ini perlu dianggap serius. Bilangan kes pembuangan bayi ini meningkat dan terus meningkat. Kefahaman islam yang mendalam perlu disemai kepada anak-anak kita. Bagi masyarakat, sikap mengambil berat ahli masyarakat yang lain perlu dipertingkatkan. Jangan sampai kita dilaknati oleh Allah swt akibat kelalaian kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...