1.0 Migrasi
Tidak seperti kelahiran atau kematian, penghijrahan atau migrasi bukanlah acara semulajadi berlaku. Salah satu daripada ciri yang boleh dikira dan diklasifikasikan
walaupun ada keraguan sedikit iaitu sama ada seseorang yang bergerak dan bergantung kepada jarak yang
yang tetap. (William Petersen, 1978).
Perubahan atau jarak sering kali dikaitkan
juga dengan pendekatan migrasi. Namun demikian, migrasi mempunyai kaitan yang
rapat dengan pergerakan seseorang atau jarak pergerakan seseorang (Shaw, 1975)
Dalam dunia yang moden sekarang, migrasi
berlaku kebanyakannya disebabkan oleh faktor ekonomi. Terdapat “pull factors”
yang menjadi pencetus fenomena ini berlaku.
Bila ditinjau pada skala yang lebih lanjut,
tahap migrasi adalah lebih besar kepada pergerakan penduduk dalaman (berpindah
dalam negara yang sama) berbanding bergerak antarabangsa antara negara yang
berbeza. (Pieter Kok, 1999)
Para sarjana barat telah mengklasifikasikan
migrasi adalah pergerakan seseorang yang merentasi sesuatu sempadan. Migrasi
juga akan menjadi salah satu elemen terpenting dalam perubahan morma-norma
masyarakat. Sebagai contoh, perubahan dalam pemakanan. Nasi lemak, roti canai
dan kuew teaw telah diterima orang semua lapisan masyarakat di Malaysia.
2.0 Mengapa
Migrasi Berpindah?
Berlakunya
proses migrasi dalam sesebuah negara, jelas menunjukkan bahawa negara tersebut
sedang membangun dengan begitu pesat. Namun ia bukanlah satu hal yang dapat
dibanggakan. Kemasukan pendatang asing sememangnya diperlukan oleh negara ini
yang mengalami proses peralihan pergantungan ekonomi daripada sektor pertanian
kepada sektor perindustrian dan perkhidmatan.
Di
awal tahun 1990an, jumlah pendatang asing meningkat secara luar biasa hingga
melebihi 1 juta orang, telah menyebabkan
isu ini menjadi semakin hangat dan menimbulkan kebimbangan dari pelbagai
pihak, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan mereka memasuki negara ini secara
haram. Dalam konteks pembangunan negara kita, kehadiran hampir sebahagian besar
tenaga buruh asing inilah yang merupakan faktor utama yang menyumbangkan tenaga
buruh dan kerja ke arah pembangunan negara.
Dalam
mencapai era wawasan 2020 ini, pengantungan kepada buruh asing khususnya dalam
bidang pembinaan, perladangan dan perkilangan harus dibendung dengan segera.
Sudah sampai masanya rakyat negara ini mencontohi warga asing ini yang rajin
dan tekun bekerja walaupun bukan untuk negara sendiri. Sebenarnya banyak faktor
telah memainkan peranan dalam terjadinya proses migrasi ini.
Di
antara faktor-faktor tersebut adalah:
2.1 Faktor
ekonomi
Faktor
ekonomi merupakan faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya proses migrasi
ini. Kedudukan ekonomi yang mantap dan kukuh menyebabkan wujudnya banyak
sektor-sektor pertanian, pembinaan dan perkilangan, sekaligus membuka peluang
kepada rakyat sesebuah negara termasuk juga golongan pendatang yang datang
khususnya untuk mencari rezeki di negara orang.
Peluang
pekerjaan juga wujud bagaikan "cendawan selepas hujan" disebabkan
ramai rakyat tempatan tidak berminat lagi berkecimpung di dalam sektor
perladangan dan pembinaan, maka kedatangan penghijrah dari Indonesia,
Bangladesh dan lain-lain negara, in seolah-olah satu rahmat kepada para
pengusaha sektor tersebut.
Kedatangan
golongan pendatang ini terbatas kerana kesukaran untuk masuk secara sah ke
dalam sesebuah negara. Kita ambil contoh negara kita Malaysia, walaupun
berbagai kawalan ketat telah dijalankan namun sempadan dan perairan negara
mudah dibolosi oleh mereka secara haram. Salah satu sebabnya ialah wujudnya
tekong darat dan laut samada dari golongan mereka sendiri ataupun penduduk
tempatan yang menjalankan kegiatan ini semata-mata kerana tamakkan wang
ringgit.
Faktor
ekonomi adalah penyumbang kepada
perlakuan migrasi dari kampung / luar bandar ke bandar kerana perpindahan berlaku disebabkan sesuatu
kawasan luar bandar atau rural area itu
mundur dan daif. Oleh kerana ketidakselesaan untuk tinggal berikutan ketiadaan
infrastruktur seperti bekalan elektrik, bekalan air yang bersih dan kemudahan
jaringan jalanraya menyebabkan permigrasian berlaku. Tambahan pula dengan
kemudahan sekolah untuk anak – anak dan perkhidmatan kesihatan yang kurang
menjadikan migrasi itu berlaku. Pertambahan penduduk atau kadar populasi di
luar bandar kian meningkat menyebabkan kawasan pertanian kian berkurangan dan
daya produktiviti yang kian berkurangan juga antara faktor penyebab berlakunya
migrasi.
Sektor
pertanian adalah nadi pekerjaan bagi penduduk luar bandar oleh kerana kekerapan
berlakunya masalah seperti banjir atau kemarau mendatangkan masalah kepada
penduduk untuk mencari sumber pendapatan tetap.
Oleh kerana acap kali ditimpa bencana alam
seperti banjir, banyak kemusnahan kebun atau ladang seperti tanah sawah atau
pun pokok getah yang mengalami kerosakan teruk.
Ini juga menjadikan penduduk luar bandar mencuba untuk bermigrasi ke
bandar. Sektor pertanian tidak menarik perhatian dan kurang berdaya maju.
Oleh kerana serba kekurangan di kawasan luar
bandar, ini telah menyebabkan jumlah pekerjaan yang
terhad,peningkatan pengangguran, dan
dilingkungi oleh masalah kemiskinan
adalah penyebab masyarakat luar bandar melakukan migrasi.
2.2 Taraf
ekonomi yang rendah di negara sendiri.
Bagi
negara Malaysia khususnya, kemakmuran ekonomi seringkali dijadikan alasan untuk
menjelaskan mengapa negara ini menarik perhatian ramai rakyat Indonesia dan
Bangladesh malah termasuk juga negara-negara yang mengalami taraf ekonomi yang
gawat.
Sejak
berlakunya kegawatan ekonomi di rantau Asia ini yang menyebabkan jatuhnya nilai
mata wang negara-negara dunia ketiga, dengan secara tidak langsung harga-harga
barangan di pasaran meningkat dengan mendadak, maka ini juga merupakan salah
satu faktor migrasi berlaku. Taraf kehidupan semakin tinggi jadi sebagai
alternatifnya mereka terpaksa mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan
keluarga masing-masing, memandangkan taraf ekonomi negara mereka yang rendah
maka wujudlah migrasi ke negara-negara yang menyediakan peluang pekerjaan yang
banyak kepada mereka.
Bilangan
penduduk yang ramai dengan pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang di negara
asal mereka, menyebabkan golongan ini terpaksa mencari alternatif lain untuk
meneruskan kehidupan. Oleh itu jalan yang paling mudah ialah merebut kesempatan
yang ada di negara yang menjanjikan pendapatan yang lumayan.
2.3 Faktor
kestabilan politik
Kestabilan
politik sesebuah negara memainkan peranan yang penting dan berkait rapat dengan
ekonomi negara dan proses migrasi antarabangsa. Sebuah negara yang aman dan
makmur secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya migrasi penduduk
negara tersebut ke negara lain, sebaliknya menyebabkan penduduk negara lain
berhijrah ke negara tersebut.
Dari
segi kajian yang telah dibuat menunjukkan ketidakstabilan politik sesebuah
negara menyebabkan peratus migrasi yang tinggi, ini dapat dilihat pada
negara-negara seperti Indonesia, Bangladesh, Filipina, Thailand dan lain-lain
yang berhijrah ke Malaysia secara haram
2.4 Faktor
sosiobudaya
Sebenarnya
faktor sosiobudaya juga memainkan peranan utama menyebabkan pendatang Indonesia
semakin bertambah dari hari ke hari ke negara kita. Bahkan boleh dikatakan
faktor sosiobudaya ini memainkan peranan yang sama pentingnya dengan faktor
ekonomi, mennjadi daya tarikan kepada pendatang Indonesia ini.
Faktor
persamaan sosiobudaya antara kedua-dua negara akan selamanya didapati menjadi
daya tarikan untuk mereka datang ke negara ini.Dengan adanya persamaan
ciri-ciri ini proses untuk mereka menyesuaikan diri akan berjalan dengan
lancar. Keupayaan mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di negara ini
merupakan "pasport" utama, membolehkan mereka mengekalkan dan
mempertahankan kedudukan mereka di negara ini.
Hubungan
kekeluargaan yang ada didapati sering dijadikan sebagai batu loncatan
dikalangan pendatang baru untuk berhijrah ke negara ini. Penghijrahan kaum
keluarga terdahulu seolah-olah membentuk satu rangkaian yang memudahkan
kedatangan penghijrah lain.Tambahan pula terdapat sebilangan pendatang yang telah
mendapat taraf penduduk tetap negara ini, membolehkan mereka ini secara tidak
langsung membawa masuk kaum keluarga mereka yang lain.Hal ini dipermudahkan
lagi jika pendatang Indonesia tersebut mempunyai sanak saudara yang terdiri
daripada rakyat tempatan.
Persamaan
cara hidup di kalangan rakyat Malaysia dan rakyat Indonesia, salah satu faktor
yang dikenal pasti mengapa pendatang Indonesia lebih tertarik datang ke negara
ini. Dari segi budaya, penduduk yang berbilang kaum, bahasa, makanan, dan
kebebasan beragama merupakan antara ciri-ciri yang mempunyai persamaan yang
erat antara penduduk kedua-dua negara. Keupayaan mereka menyesuaikan diri
dengan masyarakat setempat dapat mengelakkan daripada timbulnya konflik yang
besar.
Persamaan
bahasa yang ada memudahkan golongan pendatang ini berinteraksi dengan
masyarakat tempatan. Keadaan ini membolehkan mereka berada di negara sendiri.
Golongan pendatang Indonesia ini juga mudah tinggal di negara kita disebabkan
warga besar mereka yang datang adalah beragama Islam.
Faktor
persamaan agama juga memainkan peranan yang agak besar menjadi daya penarik
kedatangan golongan ini. Atas dasar saudara di dalam Islam maka sedikit
sebanyak kehadiran golongan ini dapat diterima oleh masyarakat tempatan
khususnya di kalangan masyarakat melayu. Kebebasan beragama yang diamalkan di
Malaysia secara harmoni dan dihormati oleh semua kaum, menguatkan lagi tarikan
untuk datang ke negara ini.
Manusia
yang inginkan kesenangan akan bertindak untuk berpindah ke bandar bagi
menikmati kemudahan yang selesa di bandar. Kekurangan kemudahan asas atau sosial di luar bandar menyebabkan
migrasi berlaku. Ini adalah kerana di bandar atau bandaraya terdapat kemudahan
pendidikan, kesihatan, hiburan dan yang lain – lain yang menarik perhatian
terutama golongan muda - mudi ke bandar.
Perkara
penting untuk mendapatkan pelajaran yang
baik dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti belajar
di kolej, maktab dan universiti samada Institusi Pngajian Tinggi Awam atau
Institusi Pengajian Tinggi Swasta menyebabkan migrasi berlaku terhadap golongan
yang muda yang ingin meneruskan pengajian mereka.
Terdapat
juga golongan migrasi yang berpindah kerana faktor mengikuti keluarga yang
ingin mencuba penghidupan baru. Mereka ini berubah daripada menjadi petani di luar bandar dan bekerja di
kawasan perindustrian menjadi pekerja kilang atau bekerja di pejabat.
Ada
juga yang melakukan migrasi disebabkan perkahwinan kerana setelah berkahwin
pasangan akan menghadapi proses pembentukan institusi keluarga yang besar dan
terutama persoalan mengenai kewangan. Oleh itu sumber pendapatan yang tetap
diperlukan justeru itu migrasi ke bandar adalah langkah terbaik.
3.0 Faktor Peribadi/Keluarga
3.1 Faktor Diri (mengejar cita –cita)
Faktor
diri atau ingin mengejar cita – cita adalah faktor dalaman yang menyebabkan
migrasi oleh penduduk luar bandar ke bandar. Mereka menyedari akan kepentingan
untuk berubah dari keadaan kesusahan atau kemiskinan berubah kepada keadaan
yang lebih baik dan selesa.
Pemikiran
positif wujud disebabkan kemahuan diri yang ingin terus maju seperti orang yang
berjaya di bandar. Kepuasan diri dalam mengejar kejayaan untuk terus berjaya
dan memastikan kehidupan yang selesa dan berada di dalam kesempitan wang adalah
elemen penarik atau pull factors berlaku semasa migrasi.
Cita
– cita ingin menjadi orang yang berjaya dalam hidup adalah sesuatu semangat
yang berani dan wajar bagi membina penghidupan yang sempurna dan bahagia bagi
pemigrasi yang sentiasa dahagakan keselesaan hidup dalam arus pembangunan dan
kemodenan negara. Ianya selaras dengan dasar Kerajaan Malaysia iaitu Gagasan 1
Malaysia. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Sesebuah
kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab atas rakyatnya akan merancang dan
melaksanakan dasar negara yang merangkumi pelbagai aspek. Dasar – dasar yang
digubal oleh kerajaan adalah untuk pembangunan rakyat dan negara.
Dasar
Ekonomi Baru yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dan digantikan dengan Dasar
Pembangunan Nasional dan dasar ekonomi seterusnya adalah dasar - dasar
pembangunan untuk menjadikan negara ini maju dan makmur dalam segenap bidang.
Pembukaan
kawasan baharu seperti bandar satelit antaranya
Petaling Jaya, Nusa Jaya , Wilayah Iskandar dan sebagainya adalah
merupakan inisiatif kerajaan. Kawasan
perindustrian baharu seperti di Shah Alam, Kuala Lumpur, Perai, Kuantan dan
pembukaan bandar – bandar baru mendorong migrasi penduduk luar bandar ke
bandar.
Disebabkan
pembukaan bandar dan kawasan perindustrian baharu yang memerlukan tenaga manusia yang ramai maka migrasi
penduduk berlaku. Kemajuan negara secara langsung dinikmati oleh penduduk yang
berhijrah dan dengan ini dasar kerajaan menjadikan Malaysia negara maju seperti
Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan.
5.0 Faktor-faktor
yang melibatkan tempat tinggal asal penghijrah
5.1 Kekurangan
Penawaran Buruh dan Usahawan
Kekurangan
penawaran buruh dan keusahawanan adalah diakibatkan daripada kekurangan
permintaan dalam pasaran di desa. Ini berlaku akibat daripada jumlah penduduk
yang kecil. Oleh yang demikian, migrasi akan berlaku dengan kadar yang tetap
dan berkala bagi memanfaatkan sumber buruh yang wujud. Di Malaysia, migrasi
besar-besaan berlaku dalam konteks ini apabila pembukaan tanah rancangan Felda
yang memerlukan sumber buruh yang ramai bagi membina satu konsep ekonomi baru
di Malaysia.
Rancangan
pembangunan tanah bagi tujuan membasmi kemiskinan dan peningkatan ekonomi
Negara melalui pembangunan tanah-tanah untuk pertanian seperti UDA, Ketengah dan
Kejora menyebabkan migrasi berlaku.
5.2 Bencana
Alam
Bencana
alam yang berlaku juga boleh mengakibatkan migrasi berlaku. Desakan kelemahan
dan kekurangan di tempat tinggal asal dengan kekerapan berlaku bencana alam
seperti banjir akan mengakibatkan migrasi berlaku bagi mengelakkan kerugian
fizikal dan ekonomi. Dalam konteks ini, kerajaan yang memainkan peranan dengan
membuka kawasan penempatan baru mengakibatkan masyaakat lebih terbuka untuk
berpindah.
Banjir
yang berlaku di desa dan kawasan-kawasan yang tiada pembangunan atau pendalaman
seperti di Kampung Bantal, Jerantut Pahang yang sentiasa mengalami bencana
banjir saban tahun tidak menyebabkan migrasi berlaku atas faktor keturunan,
namun dengan penawaan kawasan baru untuk dijadikan penempatan mengakibatkan
penduduk berpindah.
5.3 Bandar
yang lemah
Bencana
banjir yang berlaku di kawasan Bandar seperti Kota Tinggi Johor pada tahun 2006
dan 2007 mengakibatkan ramai penduduk berpindah ke Bandaraya Johor Bahru yang
hanya sejauh lebih kurang 40 kilometer.
Migrasi
daripada Kota Tinggi ke Johor Bahru berlaku kerana pilihan masyarakat yang
lebih banyak tersedia. Faktor-faktor ekonomi dan geografi antara dua Bandar
iaitu Kota Tinggi dan Johor Bahru yang hampir sama dan memberi akses yang luas
terhadap peluang-peluang ekonomi di Johor Bahru membuka ruang migrasi berlaku.
Apatah lagi peluang ekonomi di Kota Iskandar dan jarak di antara dua Bandar ini
tidak jauh, menyebabkan pilihan migrasi menjadi keutamaan.
6.0 Kesan-
Kesan Positif Migrasi.
Perpindahan
penduduk meninggalkan kawasan pertanian yang luas membolehkan petani yang masih
tinggal mengerjakan tanah yang ditinggalkan. Ini membolehkan petani itu
mendapat hasil yang lebih tinggi dan petani juga dapat mengusahakannya dengan
giat.
6.1. Masalah pengangguran di luar bandar dapat
diatasi apabila penduduk yang menganggur berpindah ke kawasan lain.
6.2. Perpindahan keluar penduduk dari kawasan
padat penduduk dapat meringankan beban kerajaan dari segi menyediakan kemudahan
sasas. Dengan ini kewangan negara dapat diperuntukkan untuk pembangunan negara.
6.3. Masalah setinggan dapat dikurangkan
apabila penduduk setingan di bandar berpindah keluar
6.4. Migran yang berhijrah ke luar negara dapat
menghantar balik wang ke negara asal dan ini menguntungkan dari segi tukaran
wang asing.
6.5. Kemahiran yang dipelajari semasa di luar
negara dapat diamalkan oleh migran apabila mereka balik ke negara asal.
Contohnya rakyat Filipina yang bekerja di Amerika Syarikat atau rakyat
Indonesia yang bekerja di Malaysia
6.6. Migrasi keluar dapat menyelesaikan masalah
lebihan penduduk seperti di Pulau Jawa yang melebihi penduduk optimum.
7.0 Kesan
Negatif
7.1. Migrasi keluar di kalangan profesional
atau tenaga pakar menyebabkan “braid rain”. Penghijrahan keluar para
profesional merugikan negara asal kerana kerajaan telah banyak memperuntukkan
wang untuk pendidikan mereka.
7.2 Penghijrahan keluar golongan belia dari
kawasan pertanian di luar bandar ke bandar- bandar telah menyebabkan berlakunya
tanah terbiar. Ini merugikan negara dari segi pengeluaran pertanian.
7.3 Sebahagian besar daripada migran yang
berhijrah ke bandar- bandar terdiri daripada kaum lelaki. Keadaan ini
menyebabkan berlakunya ketidakseimbang dalam kompisisi jantina, di mana di
desa- desa kaum perempuan lebih ramai daripada kaum lelaki.
7.4 Pengaruh budaya kuning mungkin tersebar
apabila para migran tadi balik semula
ke
kawasan asal mereka
8.0 Kesimpulan
Migrasi
dilihat sebagai agen sosialisasi yang utama di dalam masyarakat. Sungguhpun
masyarakat pada umumnya mempunyai budaya dan adat yang tersendiri, namun begitu
wujud juga ruang-ruang di mana perubahan berlaku. Memang tidak dapat dinafikan
migrasi mempunyai kesan negatif yang begitu merunsingkan tetapi, dalam waktu
yang sama migrasi juga bakal mewujudkan suatu persekitatan yang lebih maju.
Tetapi kawalan dan pemantau perlulah dilakukan agar sesebuah negara dapat
menikmati kemajuan dan kemodenan dengan acuan sendiri.
9.0 Bibliografi
1. Kok, P. (1999). The Defination of
Migration and Its Application: Making sense of recent South Africa census and survey data. SA Journal of Demography
, 19-30.
2. Petersen,
W. (1978). International Migration. Ann Review Sociol , 533-539.
3. R.P, S.
(1975). Mogration theory and fact.Bibliography Series No 5.
Philadelphia: Regional Science
Research Institute.
4. Jabatan Perangkaan Malaysia Negara , Pasaran Dan Pemodenan
Malaysia.
Abdul
Rahman Embong. Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia,2000.
5. MALAYSIA.
Transformasi Dan Perubahan Sosial.
Mohd
Fauzi Yacob.Penerbit: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. 2009.
6.
2011, Laporan Penyiasatan Migrasi Malaysia, Kuala Lumpur
7. Mohd
Fadzil Abdul Rashid.”Migrasi dan kemiskinan Bandar : Suatu kajian literature” http://epy-ktn.blogspot.com
8. Mohd
Fadzil Abdul Rashid. “Analisis Interaksi Migrasi dan Pertumbuhan Bandar di Wilayah Lembah Klang,Malaysia Menggunakan Model
Komponen Berganda.
No comments:
Post a Comment