Tarikh:26hb November 2012
Tempat: Gambang Water Park
Masa:1030pagi-430 petang
Kronologi Events:
9pagi - Breakfast di Taman Tas. Macam biasa, menunya ialah nasi lemak.
1030pagi - Bergerak ke Gambang Water Park (GWP). Jarak GWP ke rumah lebih kurang dalam 18km sahaja.
11pagi - Tiba di Gambang Water Park (GWP). Cuaca cerah. Pengunjung agak ramai juga walaupun hari bekerja (Isnin).
1tghari - Makan di GWP. Harga makanan agak mahal jika dibandingkan dengan makanan diluar. Namun disebabkan semuanya tengah kelaparan, maka terpaksalah menikmati juadah ala-kadar sahaja.
3petang - Aiman,Yanna dan Danish kelihatan penat setelah hampit 4 jam bermain air.
4petang - Bergerak pulang. Di dalam kereta semuanya penat dan hanya membisu.
Nota: kalau nak datang GWP, kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Begitu juga dengan kemampuan kewangan juga perlu diambil kira.
Ketika ini, keadaan cuaca gelap menunjukkan hujan akan turun. Tapi semua pengunjung masing-masing sibuk menikmati dan berendam di dalam air.
Sempat bergambar sementara menunggu 'limpahan air'.
Suasana di Coco Beach. Ombak kuat sehingga melambungkan 'tube' ke atas dan ke bawah.
Danish selepas penat bermain air. Peacee Yooo.......
Tempat ini menjadi kesukaan Danish kerana air tak berapa dalam.