Wednesday, September 19, 2012





KURSUS
Pensijilan Halal JAKIM/JAIP/JAIN
(Perusahaan IKS, Café, Kantin,Kopitiam)

“KE ARAH PENSIJILAN HALAL JAKIM/JAIP/JAIN”



Pengenalan
Tanda logo ‘HALAL’ merupakan satu tanda yang penting untuk mengesahkan bahawa makanan yang dihidangkan boleh dikategorikan sebagai ‘‘HALAL”.Proses penilaian pensijilan perlu dijalankan oleh pihak penilai iaitu JAKIM/JAIP/JAIN yang merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam.
Dokumentasi dan prosedur pensijilan persediaan dalam proses mendapatkan pensijilan ini adalah bertujuan untuk memberi kaedah pensijilan ‘HALAL’ yang boleh dijadikan asas persediaan semua pengendali makanan untuk mendapatkan sijil HALAL.
SIJIL dan logo halal bukan sahaja memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa sesuatu makanan atau produk itu halal mengikut syarak tetapi ia juga mempunyai implikasi besar kepada industri atau pengusaha yang mengeluarkannya. Aspek halal menjadi satu sistem kualiti dalam dunia perniagaan hari ini termasuk di peringkat global yang dapat menarik pelanggan Muslim dan bukan Muslim.

Objektif
 Menerangkan kepentingan produk makanan, minuman dan barangan gunaan halal untuk orang orang Islam.
 Menerangkan proses penyediaan makanan secara halal
 Memahami keperluan umum dan kaedah penilaian sebelum dianugerahkan pensijilan HALAL.
 Memahami penilaian dokumentasi & premis makanan.
 Memahami dan mematuhi keperluan Preparation, Handling and Storage of Halal Food

Kandungan Kursus

 Pensijilan HALAL : Manual Prosedur Pensijilan HALAL JAKIM/JAIP/JAIN
 Penilaian Dokumentasi HALAL JAKIM/JAIP/JAIN
 Penilaian Premis Pensijilan: HALAL JAKIM/JAIP/JAIN
 Keperluan MS 1500:2009 secara am.

Metodologi: Perbincangan/Ceramah /Soal Jawab

TENTATIF PROGRAM

0830 PAGI: PENDAFTARAN

0830 - 0930 Kertas 1: Pengenalan Pensijilan HALAL JAKIM/JAIP/JAIN
Penceramah: Jabatan Agama Islam Pahang

09.30 - 10.30 Kertas 2: Penilaian Syariah
Penceramah: Jabatan Agama Islam Pahang

10.30 - 1100 MINUM PAGI

11.00 - 12.00 Kertas 3: Keperluan MS 1500-2009 untuk pensijilan HALAL JAKIM/JAIP/JAIN
Penceramah: Dr Ibrahim Abu Bakar
(Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

1200 - 1230 Kertas 4: Penilaian Teknikal
Penceramah: Dr Ibrahim Abu Bakar
(Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

1230 - 1300 - Kertas 5: Manual Pensijilan HALAL JAKIM/JAIP/JAIN

1300 - 1415 - SOLAT/MAKAN TENGAH HARI

1415 - 1515 - Kertas 6: Dokumentasi Pensijilan HALAL/JAKIM/JAIP/JAIN Penceramah: Dr Ibrahim Abu Bakar (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

1515 - 1600 Kertas 7: Bimbingan Pensijilan HALAL
Penceramah: Dr Ibrahim Abu Bakar
(Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

1600 – 1630 Sesi Soal Jawab

1630 Minum Petang/Bersurai


Keterangan Lanjut Sila Hubungi:
Akademi Latihan Kualiti Makanan
017-9811916/019-3060931 atau zamri144@gmail.com


KURSUS MENU SEIMBANG DAN KESELAMATAN MAKANAN (KMS01)
1.0 PENGENALAN

Cabaran mengendalikan kantin sekolah samada sekolah harian atau sekolah berasrama begitu mencabar sekali. Globalisasi dan perubahan dalam era persaingan telah menjadikan pengurusan kantin sekolah sesuatu yang mencabar dan berorientasikan pasaran. Banyak elemen yang perlu di pandang serius dalam melahirkan kanak-kanak/remaja yang ampuh dan mempunyai jati diri yang tinggi. Selain aspek akademik yang penting, aspek pemakanan dan kesihatan juga dilihat sebagai pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak/remaja itu sendiri.

Walaupun ini adalah satu perubahan yang baik, namun peningkatan kualiti pengurusan kantin atau premis makanan sering dipinggirkan. Banyak elemen terlibat yang perlu diberi perhatian serius. Bahan makanan yang berkualiti disamping menu seimbang adalah tiang utama kepada peningkatan kualiti premis. Pemilihan menu yang sesuai sering menjadi halagan terbesar.

Remaja-remaja Malaysia mengalami masalah berat badan yang berlebihan dan obesiti kesan daripada diet yang buruk serta kurang menjalani aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan risiko penyakit seperti diabetes jenis 2, penyakit jantung dan strok.

Zaman remaja adalah satu tempoh pertumbuhan yang pesat di mana keperluan pemakanan adalah amat penting. Kegagalan untuk memenuhi keperluan ini akan menyebabkan kekurangan zat pemakanan, dan kebanyakannya adalah kalsium dan zat besi.

Semoga kursus ini dapat membantu dalam pelaksanaan kualiti kehidupan yang sihat. Ilmu dan idea yang dikongsi dapat mempercepatkan proses transformasi kearah yang lebih baik.

2.0 OBJEKTIF
- Memperkasakan pengetahuan bidang pemakanan

- Memberi pendedahan idea untuk peningkatan kualiti premis

- Berkogsi amalan terbaik dalam penyediaan pemakanan

3.0 KUMPULAN SASARAN
- Pengetua/Guru Besar/GPK Sekolah Rendah dan Menengah

- Pengusaha Kantin Sekolah Harian dan Sekolah Berasrama

- Pengusaha Restoren dan Katering

- Pekerja Taska dan Rumah Kebajikan

4.0 KANDUNGAN KURSUS
4.1 Pengenalan kepada perancangan menu harian.
Aspek yang penting dalam rutin pengeluaran makanan berkhasiat. Pemakanan yang seimbang dapat menjamin tumbesaran yang sihat. Para peserta akan didedahkan dengan beberapa contoh menu. Pemilihan menu juga penting bagi tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak.
4.2 Pemakanan yang seimbang
Pengetahuan mengenai khasiat yang terkandung didalam bahan makanan dan fungsinya kepada kanak-kanak/remaja. Pengetahuan mengenai asas makanan yang berkhasiat tidak boleh dipandang ringan. Nutrien yang membekal tenaga dan pembentukkan fizikal akan menentukan tahap kesihatan kanak-kanak/remaja.
4.3 Akta Pemakanan
Keperluan untuk mengetahui mengenai Akta Pemakanan ini dapat menjamin keperluan asas sesuatu premis makanan.

5.0 PENCERAMAH
5.1 Ahli akademik : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

5.2 Pakar Pemakanan: Kementerian Kesihatan Malaysia

6.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 PAGI- PENDAFTARAN

8.30 PAGI- 10.30 PAGI CERAMAH 1: PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK
(Kementerian Kesihatan Malaysia)

10.30 PAGI– MINUM PAGI

11.00 PAGI- 1.00 PETANG CERAMAH 2: KESELAMATAN MAKANAN
(Kementerian Kesihatan Malaysia)

1.00 PETANG – SOLAT/MAKAN TENGAH HARI

2.00 PETANG – 3.00 PETANG CERAMAH 3: AKTA PEMAKANAN
(Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

3.00 PETANG – 4.30 PETANG CERAMAH 4: PENGURUSAN KUALITI PREMIS
(Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
4.30 PETANG – Minum Petang/Bersurai
7.0 KESIMPULAN

Kanak-kanak/remaja adalah generasi pewaris. Mereka yang akan mencorakkan masa depan negara kita. Perjalanan mereka masih jauh. Namun ilmu pemakanan dan penjagaan kanak-kanak/remaja sering dilupakan.

Keterangan lanjut:
Akademi Latihan Kualiti Makanan
Zamri Sarji 017-9811916/019-3060931



Sijil Latihan Pengendali Makanan (WAJIB) – (SLP01)


Pengenalan
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan cara pengendalian makanan yang betul kepada pengusaha/pengendali makanan. Melalui kursus ini juga meningkatkan mutu kebersihan makanan yang disediakan, mempelajari cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan dan mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan.

Kementerian Kesihatan telah melaksanakan peraturan iaitu pengendali premis makanan di Malaysia DIWAJIBKAN mengikuti kursus Pengendalian Makanan.
Siapa yang Patut Hadir:
 Pengusaha/Pekerja Gerai dan Restoren
 Pemilik Kilang/Pekerja Memproses Makanan
 Pengusaha dan Pekerja Taska/Tadika/Pusat Asuhan/Pusat JagaanPenceramah
Program/Pengiktirafan
Kursus ini akan dikendalikan oleh Penceramah/Pensyarah IPTA yang terlatih. Sijil akan dikeluarkan dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Peserta akan dianugerahkan sijil oleh Akademi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sijil ini diterimapakai di Seluruh Malaysia.

Sila hubungi:
Akademi Latihan Kualiti Makanan
Zamri Sarji:0179811916/0193060931 @ email : zamri144@gmail.com







Thursday, August 09, 2012

Pusi Ramadhan



Andai ini Ramadhan Terakhir

Masa terlalu singkat
Sesak nafasku kian meghimpit
Tika siangnya sibuk berzikir
Kering lidahku menyebut namaMu
Malam pula kusyuk beribadat
Iman dan takwa mesti dipertingkat
Menadah tangan bermunajat
Perluaskan dan terangilah
tempat persemadian sebelum akhirat
Sesungguhnya aku mengerti
Dosaku bagai buih di lautan
Namun Ya Allah Ya Rahman
Terimalah ibadat ku yang sedikit ini

Masa terlalu singkat
Sedekah dan Solat
Belum tentu sempat
Airmata taubat sering tertumpah
Pada RamadhanMU yang penuh berkah
Aku sering risau dan selalu gundah
Andai ini Ramadhan Terakhir buatku..
Nafas dan Nyawaku sentiasa di tanganMU

Mohon segumpal kasihMU
Segenggam sayangMU
Ampunilah Aku….

Zamri Sarji
20 Ramadhan 1433 H
Kuantan Pahang



Friday, July 27, 2012

Tazkirah Ramadhan



Tazkirah Ramadhan

Dari Abi Hurairah Ra, Rasulullah naik ke atas mimbar, kemudian beliau berkata : “Amin..amin. .amin..”.
Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada beliau : “Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau mengatakan Amin 3 kali, apakah sebabnya?” “Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : “Sesiapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan, tetapi dia tidak dapat ampunan Allah, maka dia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin” . Kemudian aku mengaminkannya. “Dan sesiapa yang dapat bersama orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu di antara kedua orang tuanya masih hidup, padahal dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu di antara keduanya, tetapi dia TIDAK berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu di antara keduanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan : Amin” “Dan sesiapa yang namaku disebutkan di hadapannya , kemudian dia tidak berselawat untukku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan “Amin”. (H.R Ibnu Hibban)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...