Friday, January 08, 2010

Sekitar Hari Penyampaian Hadiah SK Pandan Tarikh:21hb Nov 2009











Saat yang ditunggu-tunggu dah tiba..Alhamdulilah Yana dan Aiman dapat hadiah tempat pertama dalam kelas.

Persembahan oleh Murid-murud tahun 5. Persembahan ini telah memenangi anugerah Tempat 1 di kejohanan Teater Peringkat Negeri Pahang..Memang menarik..tp byk lagi perlu diperbaiki.
















Persembahan Dikir Barat...Nie susah skit nak nilai dan komen....huhuhu sebab tak paham aper dia cakap.....






























Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan


Gambar kesemua wakil dari UIAM.
Semua ada...UIAM Gombak..UIAM PJ..UIAM Nilai..dan jangan lupa UIAM Kuantan
Wakil UIAM Kuantan..aku, Ust Mohd Ali (Pengetua Mahallah Talhah) Madam Hjh Rohani (Pengetua Mahalah Maimunah) Bro Mohd Noor Ayob (Pen Pengarah Stud Affairs) dan Sr Rosnida Kamaluddin (Asst Admin Officer (Mahallah Maimunah)
Gombak: Hj Kamaruddin Samad( Pengarah Stud Affairs) dan Dr Amlah...Turut keliahatan Br Lokman, Bro Zamri Bakar, Azrol PJ dan BroShahrul...Yang akak2 tuu yang belakang tuu..sori laaa..tak tahu nama....huhuhuh...tak baik kannn....

Gambar My Family



Di Gambar pada Hari Raya Pertama(20hb September 2009). Semua nampak tension sebab terpaksa tunggu bateri kena charge dulu..Sori laaa...Sungguhpun tak cukup lengkap gambar nie..ada 3 family yang tiada dalam gambar...tp gambar ini tetap menjadi ingatan dan kenangan yang cukup bernilai.

Cuti-cuti ke Cameroon Highland





Keadaan parking kereta. Memang sukar untuk mendapat tempat yang strategik. Kalau dapat pun mujurla tuu..










Ini adalah pemandangan kebun teh. Memang luas. Tapi disebabkan hujan ketika itu, kami terpaksa bergegas awal untuk mencari tempat berlindung.











Ketika di kebun teh.Semua tengah menahan kesejukkan. Hujan pulak tuu. Adik Danish jer yang "maintain cool".








Lepak time....sementara menunggu Mama kat bank...sempat lagi tuuuu

Keadaan di Pasar Malam. Memang bersesak-sesak dan "happening".




































































































































































































Tuesday, September 29, 2009

Balik Kampung...

18/9/2009..7.00am

Seawal pagi lagi selepas menikmati sahur...aku telah bersiap sedia untuk memulakan perjalanan untuk balik ke kampung. Begitu juga dengan anak-anakku. Semuanya dah excited nak beraya di kampung opah mereka di Perak.
Tepat jam 7.00 am aku memulakan perjalanan. Biar bertolak awal. Nanti takut hujan di dalam perjalanan. Tambahan pula aku bercadang nak ikut Genting Highland. Anakku aiman dan Yana begitu asyik menikmati lagu terbaru dari koleksi CD aku. Mereka nampak bergembira sekali. Yang kecil danish, hanya tidur dipangkuan mama.
Jam 10.30am
aku kini berada di Genting Highland. Kereta aku mengaum bunyinya. Risau jugak aku dibuatnya. Maklumlah kereta lama. Tapi alhamdulilah semua selamat. Honda Ferio aku memang jarang-jarang buat hal.
12.30 pm
aku sudah sampai di Pekan Tapah. Suasana di Tapah, akan menyesakkan. Tapi masih lagi terkawal
1.15 pm
Aku di Tesco Kampar. Nak cari barang kata wife aku.. Barang aper pun aku tak tahu.
3.30 Sampai di kampung.
Alhamdulilah selamat sampai. Ngah menyambut kami. Dia tgh sibuk memotong buluh lemang. MAkcik macam biasa....sibuk di dapur.
Sampai dirumah, badan mula terasa penat..maklumlah hampir 8 jam memandu. Badan terasa sengal-sengal. Kaki pun lenguh-lenguh.
Pukul 5.30 abang dan famili baru balik dari Kampar...macam-macam yang dia beli..sampai tak larat nak makan.....hehehe nafsu ramadhan...ayam percik.hari ayam, mee rebus. kuih tepung pelita dan macam-macam lagi
9.00 pm
Budak-budak dh siap nak main bunga api. Anak-anak aku pun turut mengambil kesempatan. Takperla kot ...setahun sekali..Lagipun untuk memeriahkan suasana jer...penuh asap di dalam rumah..ok jugak tu..tak der la nyamuk nanti...
11.00 pm
Semua dh bersiap sedia nak cari tempat landing...semua nampak keletihan..
1115 am....semua lampu PADAM...zzzzzzzz......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...