Monday, November 26, 2018
Ceritaku...: Menjadi lelaki dewasa..
Ceritaku...: Menjadi lelaki dewasa..: Setiap kali bermulanya cuti persekolahan, hati aku mula berdebar-debar. Aku menjadi gelisah. Peluh mula berkumpul. Fikiran aku mula terga...
Menjadi lelaki dewasa..
Setiap kali bermulanya cuti
persekolahan, hati aku mula berdebar-debar. Aku menjadi gelisah. Peluh mula
berkumpul. Fikiran aku mula terganggu. Peristiwa 40 tahun lampau datang
kembali. Singgah di benak fikiran.
*******
Suasana rumah aku malam itu begitu
bising. Suara kanak-kanak kecil yang menangis memecah kesunyian malam . Lapar
agaknya. Bunyi kanak-kanak berkejaran memang jelas kedengaran. Aku masih lagi
di bilik. Terbaring. Aku sedang memikirkan nasib aku. Esok adalah hari bersejarah
dalam hidup aku.
“Mana budak si zam nie, dari
petang tadi aku tak nampak dia” jelas kedengaran suara Pak Chu mencari aku. Aku
hanya mendiamkan diri di dalam bilik.
“Zam ada di dalam bilik dia”
sahut emak dari dapur. Emak memang mengetahui aku berada di bilik. Tadi emak
datang ke bilik, memujuk aku untuk makan. Tapi aku menolak dengan alasan sudah
kenyang. Padahal aku memang lapar ketika itu.
“Assalamualaikum” tiba-tiba aku
terdengar suara orang memberi salam. Suara itu datang dari pintu bilik aku.
“Waalaikumusalam” aku menjawab
sambil berjalan membuka pintu bilik. Pak Chu sedang berdiri di muka pintu dengan
wajah tersenyum. Pak Chu memang jarang sekali menghadiahkan senyuman. Mukanya
memang digeruni oleh kami adik-beradik. Aku pun tak tahu sebab apa!
Aku menghulurkan tangan, bersalam
sambil tunduk hormat.
“Kenapa berkurung dalam bilik
nie?” Pak Chu memulakan siasatan. Pak Chu adalah bapa saudara aku. Dia adalah
adik kepada ayah aku. Beliau akan hadirkan diri bila ada kenduri atau majlis
yang melibatkan keluarga aku.
Aku terdiam. Tertunduk seribu
bahasa. Aku cuba menghulurkan senyuman. Tapi macam hambar senyuman aku.
“Semua orang lelaki akan
menghadapi peristiwa ini. Tak dapat lari. Pak Chu dahulu pun macam zam juga.
Lepas makan nanti, solat, selepas itu terus tidur ” Pak Chu membebel seorang
diri. Aku membiarkannya sahaja.
Aku tetap seperti biasa. Diam dan
menundukkan kepala.
Pada keesokkan harinya, aku
dikejutkan oleh bunyi bising di halaman rumah. Suasana memang membingitkan
telinga aku.
Aku diarahkan oleh emak untuk
pergi ke sungai. Aku pun bergegas dengan pantas. Sampai sahaja aku di sungai,
aku dapat melihat beberapa orang kanak-kanak sedang mandi. Sejuk kalau mandi
ketika ini. Bisik hati aku.
Aku terus menerjunkan diri untuk
mandi bersama mereka. Memang sejuk. Selepas beberapa ketika, aku terdengar
suara orang memanggil. Menyuruh aku untuk menyudahkan mandian aku. Kemudian aku
di minta untuk naik dibelakang badan Pak Long.
“Zam naik di belakang badan Pak
Long. Pak Long akan bawa zam sampai ke rumah” kata Pak Long. Aku hanya
menurutkan sahaja kata-kata Pak Long. Seronok juga naik atas belakang badan Pak
Long. Badan aku akan terhoyong hayang ke kiri dan kanan, mengikut setiap
langkah Pak Long. Aku mula menguntum senyuman. Kesejukkan mandi di sungai masih
aku rasakan.
Sampai di rumah, Pak Long
meletakkan aku di kawasan depan rumah. Aku diberikan sehelai kain pelikat oleh
emak. Aku memakainya. Kemudian duduk di ruang tamu rumah. Aku memerhatikan
keadaan sekeling. Mencari seseorang. Tak akan tak datang lagi! Bisik aku perlahan.
Tiba-tiba terdengar bunyi sebuah
enjin motosikal jenis Vespa. Bunyi motosikal Vespa itu berjaya menarik
perhatian orang di dalam dan di luar rumah.
Ah…sudah datang. Aku mengeluh
sendirian.
“Assalamualaikum semua” orang
yang menaikki motosikal itu member salam.
“Waalaikumusalam, jemput naik Tok”.
Ayah aku mempelawa lelaki yang separuh umur itu untuk terus naik ke atas.
Lelaki yang menaiki Vespa itu ialah Tok Mudim Ripin. Itulah namanya. Nama yang
sering disebut-sebut oleh kanak-kanak seusia dengan aku. Tok Mudim Ripin memang
telah sejak sekian lamanya, berkhidmat dengan penduduk kampong aku. Dia
berbadan agak gempal. Bermisai. Hemm..memang menggerunkan aku.
Kemudian Tok Mudin Ripin duduk
mengadap aku.
“Takut ke?” Tok Mudim bertanya
aku. Mestilah takut. Bisik aku. Aku hanya menganggukkan kepala.
“Jangan ler takut, sekejap jer.
Tak sampai 10 minit pun”. Kata Tok Mudim Ripin sambil mengasah pisau. Tak
sanggup aku melihat Tok Mudim Ripin ketika itu.
“Pernah terjadi pada suatu ketika
dahulu, ada seorang budak lelaki lari dan terjun dari tingkap. Disebabkan takut
sangat. Tapi akhirnya, keesokkan harinya, Tok berjaya juga menyelesaikan kerja
To”. Tok Mudim menceritakan kepada aku dengan penuh semangat. Dia cuba menarik
perhatian aku.
Ketika itu, cerita sebegitu tidak
menarik minat aku untuk mendengarnya. Apatah lagi untuk memberi ulasan atau
bertanya sebarang soalan.
Tok Mudim Ripin mengambil sehelai
daun sireh, dan meletakkan beberapa keping pinang. Dia melipatkan daun sireh
itu dengan cermat.
“Anak nama apa? Tok Mudim Ripin bertanya
kepada aku.
“Zamri” Jawab aku ringkas. Suara
aku agak bergetar. Takut bercampur gelisah.
“Anak Zamri ambil satu dan kunyah
perlahan lahan” Tok Mudim Ripin memberi lipatan sireh itu kepada aku. Aku makan
dan mengunyah perlahan-lahan. Inilah pertama kali aku makan sireh yang ada kepingan
pinang di dalamnya. Untuk mengembalikan semangat, itu kata Tok Mudim Ripin.
Selepas itu, suasan menjadi sunyi
seketika. Orang ramai hanya menumpukan aktiviti di dalam rumah. Mereka bagaikan
ingin mendengar setiap patah perkataan yang di keluarkan oleh Tok Mudim Ripin.
Aku melihat, terdapat sebatang
pangkal pokok pisang yang diletakkan berdekatan dengan Tok Mudim Ripin. Kemudian aku melihat Tok Mudim Ripin
membetulkan kedudukan batang pokok pisang tersebut.
Beliau menepuk-nepuk sedikit
batang pokok pisang tersebut. Untuk apa? Tidak aku tahu kenapa Tok Mudim
berbuat begitu.
“Anak Zamri, mari duduk di sini”
aku tersentak bila nama aku di sebut. Muka aku seperti tidak berdarah. Langkah
kaki aku bagaikan dipaksa untuk bergerak. Perlahan sahaja aku melangkah.
“Anak Zamri sekolah darjah
berapa? Tok Mudim Ripin bertanya kepada aku.
“Darjah satu” aku menjawab
ringkas. Selepas itu aku tidak memperdulikan kata-kata Tok Mudim Ripin lagi.
Goncangan jantung aku semakin kuat. Aku terdengar bunyi pisau, gunting dan
bunyi seperti sehelai kain yang di koyak. Tiba-tiba aku teringat ketika mandi
sungai seawal pagi tadi. Memang seronok mandi di waktu pagi. Kemudian aku naik
di belakang badan Pak Long.
“Alhamdulilah, dah siap, bangun
perlahan-perlahan. Sekarang Anak Zamri sudah menjadi lelaki dewasa”.Aku
tersentak mendengar suara Tok Mudim.
“Sakit tak”. Tok Mudim Ripin
bertanya kepada aku. Aku menggelengkan kepala sambil sempat memberikan
senyuman.
Aku berjalan perlahan-lahan
sambil memegang kawasan tengah kain. Ini adalah untuk mengelakkan supaya kain
tidak terkena balutan yang di buat oleh Tok Mudim Ripin.
“Wahh bagus Anak Zamri nie,
berani dan tak menangis pun. Macam itulah kalau hendak menjadi seorang lelaki”.
Kata Tok Mudim Ripin.
Alhamdulilah, aku telah selamat
berkhatan. Orang di kampong aku memanggilnya sebagai ‘masuk jawi’ atau
bersunat. Aku pun tidak tahu, kenapa di panggil masuk jawi.
****
Peristiwa itu kadang-kadang
membuatkan aku tersenyum sendirian. Seronok bila mengingatkannya kembali.
Tetapi..perasaan takut memang selalu dapat dirasakan. .
Kini suasana berkhatan telah
berubah. Tiada upacara mandi di sungai. Tidak ada lagi aktiviti naik di
belakang orang. Kemeriahan seperti
dahulu sudah tiada. Doktor di klinik telah mengambil tempat orang seperti Tok
Mudim Ripin. Zaman telah berubah. Suasana pun pasti akan turut berlaku
perubahan.
AL-Fatihah kepada Arwah Tok Mudim Ripin yang telah banyak
menabur bakti dan jasa kepada orang kampung dan penduduk sekitar.
Zamri Prk
26.11.2018
*tempat “berkhatan”: Jalan
Pahang, Tapah Perak
Thursday, November 22, 2018
Memburu bayang
Pada detik ini
Ketika kesunyian datang bertandang
Kedinginan menebal menumpang ruang
Sepi melekat di sisi alam
Aku tetap gigih berusaha
Bersemangat berpadu jiwa
Meneroka setiap sudut kenangan
Menyelongkar segenap lapisan pengalaman
Memburu bayang
Seorang yang bernama
Ibu, yang telah hilang dari pandangan...
Ketika kesunyian datang bertandang
Kedinginan menebal menumpang ruang
Sepi melekat di sisi alam
Aku tetap gigih berusaha
Bersemangat berpadu jiwa
Meneroka setiap sudut kenangan
Menyelongkar segenap lapisan pengalaman
Memburu bayang
Seorang yang bernama
Ibu, yang telah hilang dari pandangan...
Zamri Prk
16.11.2018
0200 am
16.11.2018
0200 am
Ulangtahun perkahwinan yang ke-20
Kita
bersama di pelayaran ini…
(Buat
isteri Norzaima Abd Rahman)
Kita
bagaikan baru bermula
Pelayaran
penuh gelora
Berpandu
peta arah yang sama
Memegang
kompas kecekalan sebagai panduan
Sambil
kita bersatu dengan ketabahan
Kita berpadu
dengan keluhuran
Menikmati
setiap anugerah keindahan
Bersama
berdayung di samudera kehidupan
Kita
bagaikan baru bermula
Membuka
layar rindu yang syahdu
Mengira buih
di pantai kasih
Sambil bersama
melihat awan kesetiaan
Kita
mendakap nikmat kesabaran
Dalam redup
matamu jelas terlihat
Ukiran
keikhlasan indah terpahat
Kita di ajar
membaca gerak angin di langit
Setiap ribut
dan ombak yang menghempas
Kita cantas
dengan pantas
Dalam tertib
kita berdayung
Dalam
sopan kita bergabung
Menuju
ke sebuah pelabuhan
Kebahagiaan
kehidupan…
Zamri
Prk
21.11.2018
#ulangtahun
perkahwinan yang ke-20
Wednesday, November 21, 2018
Bengekel Psikologi Kanak-Kanak
15.12.2018
UIAM Kuantan
9am - 4.30pm
Fasilitator: Dr Surayah Zaidon (UPSI)
Pakar Pendidikan Kanak-Kanak
Untuk pertanyaan/pendaftartan: 019-3060931(whatsaap only)
15.12.2018
UIAM Kuantan
9am - 4.30pm
Fasilitator: Dr Surayah Zaidon (UPSI)
Pakar Pendidikan Kanak-Kanak
Untuk pertanyaan/pendaftartan: 019-3060931(whatsaap only)
Subscribe to:
Posts (Atom)