Sambungan…..
2.1.1984
(Siri 2)
Soalan-soalan
itu bermain di fikiran aku ketika itu. Apa tindakan aku sekarang?
Menanti
dan terus menanti. Tiada apa yang dapat aku lakukan, kata hati kecilku. Pada
ketika itu, hanya aku dan Penyelia Petang sahaja yang berada di situ. Cikgu dan
murid-murid yang lain telah masuk ke kelas masing-masing. Aku hanya memandang ke
arah kantin. Kelihatan seorang perempuan yang berusia separuh umur dan beberapa
orang pembantu, tengah sibuk menyediakan juadah untuk murid keluar rehat nanti.
Tiba-tiba perut aku terasa lapar.
“Awak
mari sini” ujar Penyelia Petang itu lagi.
Aku
tersentak seketika. Lamunan aku terganggu.
“Macam
ini.. awak pergi ke kelas ini, dan serahkan kertas ini pada Cikgu Kelas awak nanti?
Penyelia Petang mengarahkan aku untuk pergi ke kelas seperti yang tertulis di
kertas itu.
“Terima
Kasih Cikgu” Jawap aku dengan nada lega.
Ketika
itu aku hanya memikirkan kelas baharu aku. Siapa Guru Kelas Aku? Siapa rakan
sekelas aku? Hah itu semua tak penting. Yang penting sekarang aku sudah ada
kelas macam murid lain. Aku berkata sendirian.
Aku
mengambil beg sekolah dan terus beredar pergi. Aku nak pergi ke kelas mana?
Cebisan
kertas pemberian Cikgu Karim tadi ada di genggaman aku. Sambil berjalan aku pun
membuka kertas tersebut. Kertas itu bertulis 1C1. Bermakna kelas Tingkatan Satu
C Satu (1C1) adalah kelas aku sekarang.
Aku
berjalan mencari kelas. Murid-murid yang lain sudah berada di kelas
masing-masing. Dapat aku rasakan, mereka memandang ke arah aku, ketika aku
berjalan di depan kelas mereka. Perasaan aku ketika itu bercampur baur. Malu
sebab diperhatikan. Lega kerana sudah ada kelas, seperti murid lain. Aku berjalan dan terus berjalan, mencari kelas
Tingkatan Satu C 1.
Sampai
di hujung bangunan, aku terjumpa kelas yang bertulis 1C1 di depan pintu. Aku
terus mengetuk pintu dan memberi salam sebagai tanda hormat. Ketika itu seorang
Cikgu Lelaki (Hashim Wahab) senang memberi penerangan.
“Yea..
awak nak cari siapa?” ujar Cikgu Hashim kepada aku. Cikgu itu membulatkan
matanya ketika memandang aku. Aku berpaling ke arah murid-murid yang sedang
duduk.. Tak sanggup aku melihat matannya.
Aku
terus menunjukkan cebisan kertas pemberian Penyelia Petang kepada Cikgu Kelas
1C1. Semua murid di dalam kelas itu memandang ke arah aku. Aku menunduk sambil
melihat kasut sekolah putih aku.
“Sila
ambil tempat awak..duduklah di mana-mana pun” kata cikgu itu kepada aku.
Setelah
aku duduk, aku menarik nafas lega. Pada
hari ini juga bermacam peristiwa yang berlaku ke atas diriku. Degupan jantung aku kembali
seperti sediakala. Aku tersenyum sendirian. Aku memandang rakan-rakan yang lain
sambil menghulurkan senyuman. Senyuman tanda perkenalan. Senyuman tanda
persahabatan.
.Aku
mendapat rakan baharu ketika di kelas 1C1. Antaranya Anizam (Ketua Kelas), Karim, Alhan, Rosli (Yop),
Morgan, Musalmi (Penolong Ketua Kelas),
Letchumi , Norhayatie dan ramai lagi.
Rakan-rakan dari Kaum Cina pun ada. Yang paling aku ingat adalah Hock Wai dan
Ah Leong. Mereka berdua ini sering menjadi perhatian murid dan guru di sekolah
ini. Agak nakal tetapi tidak dengan rakan-rakan sekelas.
Sesekali
apabila teringatkan peristiwa zaman persekolahan, hati menjadi sayu. Bersama
rakan-rakan yang lain kami bergembira, bergaduh, membuat bising di dalam kelas
dan bermacam-macam lagi. Tetapi kami
tetap menghormati antara satu sama lain.
Peristiwa
Tiga Puluh Empat tahun yang lalu tetap tersemat dan tersimpan kemas di album
memori aku..
Moga
kalian sihat sejahtera..
Zamri Sarji
Kelas 1C1
Sek Men Sri
Kampar
*Siri 3 akan
menyusul: sessi pembelajaran