Friday, January 13, 2017
Tazkirah
Dari Abu Hurairah ra., Nabi SAW bersabda: “Kulihat ada seseorang yang bersenang-senang di dalam surga disebabkan ia memotong dahan yang berada di tengan jalan karena mengganggu kaum muslimin yang lewat. (HR. Bukhari).
Thursday, January 12, 2017
Puisi: Lagu Jiwa
Jiwa bersua naluri
menyapa
firasat juga turut meneka
firasat juga turut meneka
kerana nyawa berada
tanganNya
Moga Cinta dan Kasih
kekal selamanya.....
Moga Cinta dan Kasih
kekal selamanya.....
Puisi Malam Merdeka
Catatan Malam Merdeka...
Ku hirup udara malam yang nyaman
Kesunyian merangkak menambah kedamaian
Kolam hati berkaca indah berseri
Malam ini... malam penuh erti
Malam merdeka yang kita rai
Duhai putera dan puteri srikandi
Bangunlah dengan semangat jati diri
Menjunjung luhur bersama jujur pekerti
Mendulang sopan menjadi identiti
Marilah kita bersama selamatkan pertiwi
Kita menjaga setiap sudut negeri
Dari ruang jendela
Mata pantas menerpa cahaya
Neon pembangunan pasti menjolok mata
Ladang dan kebun bertukar menjadi kota
Lorong dan denai tiada lagi becaknya
Falsafah dan teori telah banyak dicipta
Kita tealh menjejak kaki di angkasa raya
Kita punya pakar jantung dan pakar mata
Namun jangan kita lupa pada asal peristiwa
Catatan sejarah belum kering tintanya
Darah pernah mengalir di muara
Banyak keringat bertakung di kuala
Kisah Laksamana yang gagah perkasa
Tangkas bersenjata mempertaruhkan nyawa
Ada Bendahara yang bijaksana
Petah berkata tinggi pemikirannya
Mengawal kota dari durjana.
Malam semakin pekat
Kebebasan adalah hadiah paling nikmat
Marilah kita bersama berpakat
Lupakanlah segala pangkat yang kita jawat
Menjaga negeri jangan sampai digugat.
Zamri Sarji
Kuantan, Pahang.
31.8.2016
Kata orang...
Nak sihat...
Dengarlah nasihat
Nak mewah...
Selalulah sedekah
Nak dihormati...
Selalulah berbudi
Nak kaya...
Hati kena mulia...
Zamri Sarji
Tazkirah
Sabda Rasulullah
SAW:“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia
berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.”
Baginda ditanya:
“Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw
bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh
dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]
ADAB ZIARAH
Antara adab-adab
menziarahi pesakit ialah :
a- Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah saw.
b- Memberi nasihat agar bersabar dan tabah menghadapi ujian.
c- Bertanyakan tentang ibadatnya; solat dan lain-lain, sekiranya dia tidak mampu ajarlah mereka atau bertanyakan kepada orang yang pandai.
d- Menyampaikan ucapan yang baik agar dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya.
e- Pendek dan jarakkan waktu ziarah, jangan terlalu lama dan kerap menziarahinya. (kecuali pesakit itu mengkehendaki sebaliknya).
f- Mendoakan pesakit agar segera sembuh.
a- Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah saw.
b- Memberi nasihat agar bersabar dan tabah menghadapi ujian.
c- Bertanyakan tentang ibadatnya; solat dan lain-lain, sekiranya dia tidak mampu ajarlah mereka atau bertanyakan kepada orang yang pandai.
d- Menyampaikan ucapan yang baik agar dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya.
e- Pendek dan jarakkan waktu ziarah, jangan terlalu lama dan kerap menziarahinya. (kecuali pesakit itu mengkehendaki sebaliknya).
f- Mendoakan pesakit agar segera sembuh.
Puisi : Ku Pujuk Hati Ini
Bersabarlah wahai hati
Jangan ditangisi ketentuan Ilahi
Tiada daya untuk atasi
Mari berdayung sampai ke tepi
Mengira buih di album memori
Kesunyian bakal bertandang di kamar ini
Zamri Sarji
Kuantan
Subscribe to:
Posts (Atom)