Friday, December 14, 2012
Tazkirah Jumaat
Rasulullah saw. bersabda :“Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana burung-burung. Mereka keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Hakim)
Wednesday, December 12, 2012
Sepetang di Teluk Intan
Selepas melawat Izan di Hospital Teluk Intan, kami sekeluarga meronda-ronda di bandar Teluk Intan, Dahulunya dikenali sebagai Teluk Anson. Bandar ini pernah akau kunjungi kira-kira 12 tahun yang lalu. Sudah tentulah perubahan demi perubahan berlaku di sana sini. Aku hampir hilang arah ketika memandu. Mujurlah tekaan dan ingatan aku masih baik.
Sempat juga kami sekeluarga singgah di Menara Condong Teluk Intan yang menjadi tumpuan pelancong lebih-lebih lagi ketika di musim cuti sekolah. Anak-anak aku gembira kerana selama ini mereka melihat menara ini di dada akhbar atau di televisyen tetapi, kini menara tersebut berada di depan mata.
Kami juga sempat makan tengah hari di medan selera yang banyak di sekitar Menara Condong ini. Bersama-sama kami ialah Wan anak Kak Rehan yang menumpang kereta kami.
Mama macam biasa asyik sibuk dengann panggilan telefon
Keadaan cuaca ketika itu sungguh panas.
Danish menunjukkan aksi "gangnam syle" dia
Mama...sibuk memanjang..
Tuesday, December 11, 2012
Jom Ke Gambang Water Park
Tarikh:26hb November 2012
Tempat: Gambang Water Park
Masa:1030pagi-430 petang
Kronologi Events:
9pagi - Breakfast di Taman Tas. Macam biasa, menunya ialah nasi lemak.
1030pagi - Bergerak ke Gambang Water Park (GWP). Jarak GWP ke rumah lebih kurang dalam 18km sahaja.
11pagi - Tiba di Gambang Water Park (GWP). Cuaca cerah. Pengunjung agak ramai juga walaupun hari bekerja (Isnin).
1tghari - Makan di GWP. Harga makanan agak mahal jika dibandingkan dengan makanan diluar. Namun disebabkan semuanya tengah kelaparan, maka terpaksalah menikmati juadah ala-kadar sahaja.
3petang - Aiman,Yanna dan Danish kelihatan penat setelah hampit 4 jam bermain air.
4petang - Bergerak pulang. Di dalam kereta semuanya penat dan hanya membisu.
Nota: kalau nak datang GWP, kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Begitu juga dengan kemampuan kewangan juga perlu diambil kira.
Ketika ini, keadaan cuaca gelap menunjukkan hujan akan turun. Tapi semua pengunjung masing-masing sibuk menikmati dan berendam di dalam air.
Sempat bergambar sementara menunggu 'limpahan air'.
Suasana di Coco Beach. Ombak kuat sehingga melambungkan 'tube' ke atas dan ke bawah.
Danish selepas penat bermain air. Peacee Yooo.......
Tempat ini menjadi kesukaan Danish kerana air tak berapa dalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)