Thursday, January 12, 2017

Tazkirah

Sabda Rasulullah SAW:“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.”

Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]


ADAB ZIARAH

Antara adab-adab menziarahi pesakit ialah :
a- Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah saw.
b- Memberi nasihat agar bersabar dan tabah menghadapi ujian.
c- Bertanyakan tentang ibadatnya; solat dan lain-lain, sekiranya dia tidak mampu ajarlah mereka atau bertanyakan kepada orang yang pandai.
d- Menyampaikan ucapan yang baik agar dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya.
e- Pendek dan jarakkan waktu ziarah, jangan terlalu lama dan kerap menziarahinya. (kecuali pesakit itu mengkehendaki sebaliknya).
f- Mendoakan pesakit agar segera sembuh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...