Thursday, September 20, 2012

Kursus & Motivasi

Akademi Latihan & Kualiti Makanan
Mula beroperasi pada tahun 2008. Ditubuhkan sebagai memenuhi tanggungjawab untuk menyumbang ilmu kepada masyarakat. Di samping itu juga, penubuhan akademi ini adalah untuk membantu dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan keselamatan makanan. Bermula dari pemilihan barang mentah, hinggalah kepada persembahan makanan. Khasiat dan zat makanan juga perlu diambil kira. Pada mulanya. kursus Sijil Pengendalian Latihan Makanan di beri perhatian khusus. Namun demikian, menyedari hakikat konsep penyebaran ilmu yang meluas, pihak akademi terpaksa menjalankan kursus dan seminar yang secara tak langsung menunjukkan keperihatinan masyarakat kepada ilmu pemakanan semakin meningkat.

Masyarakat moden kini semakin terdedah dengan pelbagai isu pemakanan. Kandungan yang kurang berkhasiat menjadi juadah utama. Kesedaran yang rendah mengenai keselamatan makanan boleh mengakibatkan kesihatan terganggu. Bagi pengusaha taska, kantin sekolah dan pusat jagaan harian, pemilihan menu makanan yang tepat dan seimbang dapat membantu proses tumbesaran kanak-kanak supaya lebih sihat. Proses ini mestilah berterusan dan ilmu yang di bekalkan diharap dapat menyumbang ke arah negara Malaysia yang lebih sihat dan bergerak maju.

Pihak akademi juga cuba mengetengahkan konsep pengurusan dapur yang lebih efisien dan efektif. Penggunaan ruang yang kecil dan penghasilan produk yang bersih dan selamat adalah cabaran yang utama.

Alamat Akademi
B76, Tingkat 1, Lorong IM8/33 Kuantan Putra 25200 Kuantan

Metodologi Pembelajaran
Ceramah, Perbincangan, Soal-Jawab, Latihan Amali

Tenaga Pengajar
1. Dr Ibrahim Abu Bakar
(Pengetua Akademi)
Pensyarah
Kulliyah Sains Kesihatan Bersekutu
UIAM Kuantan

2. Pegawai Pemakanan
Hospital Tengku Ampuan Afzan
Kuantan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...