Monday, June 25, 2012

Isu Semasa

Gejala sosial dan isu pembuangan bayi

1.0 Pengenalan

Saban hari kita mendengar kejadian pembuangan bayi dan gejala sosial di kalangan para remaja. Isu ini bagai satu wabak dan virus dan menyerang tubuh masyarakat. Golongan remaja dan pelajar merupakan golongan yang mendapat perhatian hebat dari segenap lapisanmasyarakat. Golongan ini adalah pewaris negara, itulah yang merunsingkan kita bila bila mengenai isu ini.

Berbagai pihak telah tampil dengan berbagai andaian, mencari punca sebenar dan kadangkala ianya seperti tiada kesudahan. Pihak sekolah akan menyalahkan ibubapa di rumah kerana gagal mnegawal anak mereka. Ibubapa pula menyalahkan pihak sekolah kerana gagal menyediakan suatu system pendidikan yang berkesan. Pihak media juga turut dipersalahkan kerana sering bersifat terbuka didalam beberapa isu. Berita hiburan yang melampaui batas dikatakan menjadi punca utama. Benarkah begitu?

BIla ditinjau dari sudut sejarah islam, isu telah berlaku di Zaman Firaun dimana dia akan membunuh semua bayi lelaki yang baru dilahirkan. Firaun yang mengaku dirinya sebagai tuhan, akan menyuruh bala tentera dan pengikutnya untuk mencari dan membunuh bayi lelaki. Ketika ini, ianya dikenali dengan Zaman Jahillyyah. Namun demikian, di dalam zaman moden yang serba canggih ini, kejadian ini berulang kembali. Tetapi kali ini, pembunuhan bayi berlaku kepada kedua-dua jantina baik lelaki mahupun perempuan.

Statistik menunjukkan penigkatan hampit setiap tahun. Penignkatan ini bukan untuk dibanggakan atau untuk mencari salah sesiapa. Mengikut Laporan Polis Diraja Malaysia, antara tahun 2000 sehingga 2006 sebanyak 580 orang bayi telah dibuang. Ironinya, majoriti 92% iaitu 532 adalah bayi yang baru lahir sementara 8% iaitu sebanyak 48 kes adalah janin. Angka ini menunjukkan gejala ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Amat membimbangkan. Menurut Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat pula sebanyak 102 kes pembungan bayi yang telah direkodkan. Bagi tahun 2005 sehingga 2009 jumlah kes pembunangan di seluruh negeri adalah sebanyak 407 kes. Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah dengan 65 kes.

Bagi statistik anak anak tak sah taraf di kalangan bangsa melayu adalah yang kedua paling tinggi untuk tahun 2009 iaitu seramai 17,303. Statistik ini tidak termasuk bayi yang dilahirkan hidup, kemudian mati akibat ditinggalkan di tempat pembungan sampah, surau, tandas dan sebagainya.

Berita ini juga memang menyesakkan nafas kita. Belum lagi kita mengeluarkan statistik gejala sosial yang lain seperti seks rambang, penagihan dadah dan sebagainya. Angka ini juga dapat dijadikan indikator bahawa negara kita didalam dilema yang begitu meruncing. Perlu diingatkan juga bahawa penglibatan anak melayu yang beragama islam adalah amat tinggi. Jika ini dibiarkan dengan tanpa langkah susulan yang berkesan, perubahan sosial yang bercelaru akan melahirkan sebuah negara Malaysia yang mempunyai t jatidiri yang rendah.

2.0 Punca Gejala Sosial

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada isu gejala sosial dan pembungan bayi ini. Jika dilihat dari sudut remaja itu sendiri, kecelaruan personaliti bolelah dikatakan sebagai penyumbang terbesar, Namun demikian isu pengetahuan asas agama juga tidak perlu di pandang ringan. Berikut disenaraikan beberapa elemen yang berkaitan:

2.1 Kurangnya pengetahuan asas agama

Didikan agama adalah isu yang terpenting dalam masalah sosial ini. Ajaran agama dapat bertindak sebagai pendinding atau penghalang daripada melakukan perkara-perkara yang kurang sihat. Tanggungjawab ibubapa dalam menyediakan didikan agama kepada anak-anak adalah sesuatu yang dianggap kemestian dan wajib. Remaja adalah golongan yang paling banyak terdedah kepada berbagai cabaran dunia. Didikan agama juga akan membuatkan remaja atau anak-anak untuk mengerjakan solat. Solat jika dilakukan dengan sempurna akan dapat menghindarkan kita dari melakukan maksiat.

2.2 Keluarga

Institusi keluarga perlu menyemai perasaan kasih sayang kepada ahli keluarga. Di zaman moden ini, ikatan institusi keluarga ini amat longgar. Perpecahan sering berlaku. Ini akan mnegakibatkan anak-anak atau remaja akan mencari haluan mereka sendiri. Bila ini berlaku, mereka sering terjebak kepada golongan yang tidak bermoral. Kedua ibubapa perlu tahu ke mana dan dengan siapa anak mereka berkawan. Ini akan mengelakkan peristiwa yang tidak inngini berlaku. Bila ini terjadi, sesalan tidak berguna lagi seperti kata pepartah lama “bila nasi sudah menjadi bubur”.

Antara amalan yang baik yang perlu dilakukan untuk mengeratkan hubugan kekeluargaan ialah seperti makan malam bersama, berkelah dan bercuti. Mengunjungi sanak-saudara juga amat digalakkan.





2.3 Pengaruh rakan-rakan sebaya

Pada usia remaja mereka akan mencari rakan-rakan mereka yang sebaya. Mereka akan mencari sebeberapa ramai kawan yang boleh. Mereka akan menceritakan segala masalah mereka dengan rakan sebaya berbanding dengan keluarga mereka sendiri. Pemilihan kawan yang baik adalah penting di saat ini. Terdapat rakan sebaya yang kadang kala akan mengakibat pengaruh yang tidak sihat.

2.4 Pengaruh media massa

Semua elemen media massa baik elektronik dan media cetak turut menyumbang serba sedikit dalam isu ini. Hiburan yang melampau akan turut mempengaruhi minda dan jiwa anak-anak dan remaja. Kini sudah menjadi kebiasaan aksi-aksi yang berunsur lucah terpampang di muka televisyen. Rangsangan seperti ini akan menjadi jiwa remaja semakin kacau.

3.0 Langkah mengatasi gejala sosial dan isu pembuangan bayi

Tindakan perlu dilakukan dengan segera. Semua ahli masyarakat dari segenap lapisan tidak kira pangkat dan warna kulit perlu berganding tenaga. Terdapat tiga kelompok atau elemen yang amat penting untuk dibincangkan. Peranan sekolah, masyarakat dan kerajaan. Ketiga-tiga golongan atau badan ini mewakili sesebuah komoniti.

3.1 Peranan sekolah

Sekolah adalah tempat anak-anak dan para remaja menimba ilmu. Banyak ilmu yang boleh didapati di sekolah. Mereka akan menghabiskan masa 6-7 jam sehari di sekolah. Di sekolah mereka juga akan bergaul dengan rakan-rakan sebaya.

Pihak sekolah perlu mengadakan beberapa program seperti lawatan ke Pusat Jagaan Kanak-kanak, Pusat Jagaan Orang-orang Tua dan Pusat Pemuliharaan Wanita. Langkah ini dilihat sebagai cara untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan remaja. Begitu juga pihak sekolah juga perlu menerangkan betapa pentingnya dalam pemilihan rakan sebaya yang baik. Melalui sessi kaunseling, pihak sekolah dapat mengesan masalah sosial ini lebih awal. Dengan ini, sebelum terjebak ke lembah yang lebih hina, pihak sekolah perlu memainkan peranan yang proaktif.

Disamping itu juga, pihak sekolah wajar memperbanyakkan program yang berunsur keagamaan. Contohnya solat hajat bersiri, kem solat dan kem ibadah. Program sebegini dapat memberi peluang remaja tersebut menimba beberapa ilmu mengenai cabaran hidup masa kini. Melalui program sebegini juga, para remaja akan berpeluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan seterusnya menghindarkan diri dari gejala yang tidak sihat.

Namun demikian, jika berlaku gejala sosial yang tidak sihat sewaktu di sekolah, pihak perlu memberitahu kepada pihak berwajib. Terdapat ramai pengusaha sekolah yang berselindung dan menyembunyikan isu-isu gejala sosial di sekolah mereka. Mereka akan cuba menyembunyikan dari pengetahuan masyarakat. Akibatnya, bilangan kes semakin bertambah tambah ada penurunan sedikit pun.

3.2 Peranan Keluarga

Intitusi keluarga adalah salah satu institusi yang terpenting. Slogan rumahku syurgaku perlu diberi perhatian. Remaja yang terjebak didalam kancah gejala sosial hampir 60% datangnya dari keluarga yang bermasalah. Ibu dan bapa sibuk mencari nafkah dan bekerja. Mereka melupakan terus tanggungjawab mendidik anak mereka. Bila keadaan ini berlaku, remaja akan cuba mencari “keluarga” yang lain. Tanpa mereka sedari bahawa kelaurga baru mereka akan membawa mereka ke lembah kehinaan. Bermula dengan penagihan dadah, remaja tersebut sudah berani untuk mengamalkan seks bebas. Seterusnya anak yang baru hasil dari cinta terlarang itu, akan menghasilkan “anak haram” atau anak luar nikah.

Sebagai ahli keluarga yang prihatan, semua ahli keluarga perlu mengambil berat dan mengambil tahu perihal ahli keluarga yang lain. Jika ada diantara ahli keluarga yang menghadapi masalah, seluruh ahli keluarga wajib membantu.

Dalam erti kata lain, keluarga adalah tempat untuk membentuk nilai-nilai murni di dalam kehidupan. Bukan setakat cara memilih rakan sebaya atau memilih teman hidup, keluarga juga boleh bertindak sebagai tempat rujukan kepada yang bermasalah.

3.3 Peranan Kerajaan

Kerajaan dilihat sebagai satu kuasa yang menetukan perjalanan sesebuah negara. Peraturan dan penguatkuasaan juga datangnya daripada kerajaan. Kerajaan perlu bertindak melalui dasar kerajaan dan memperkenalkan beberapa undang-undang baru.Itu pun jika undang-undang yang ada belum mencukupi untuk membendung masalah ini.

Kesimpulan
Gejala ini perlu dianggap serius. Bilangan kes pembuangan bayi ini meningkat dan terus meningkat. Kefahaman islam yang mendalam perlu disemai kepada anak-anak kita. Bagi masyarakat, sikap mengambil berat ahli masyarakat yang lain perlu dipertingkatkan. Jangan sampai kita dilaknati oleh Allah swt akibat kelalaian kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...