Sunday, April 10, 2011

Cuti yang sibuk...

Selepas menghantar aiman ke kelas tusyen..terasa penat benar badan ini. Aku tertidur. Disampingku buku-buku USM. Minggu depan aku akan menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ini.
Untuk menghadapi peperiksaan ini, aku telah mengambil keputusan untuk bercuti.Banyak yang kena aku cover. Haah..itulah pengorbanan yang perlu aku buat.Memang kerja di pejabat sentiasa menunggu. Tak pernah habis.
Petang aku ke klinik membawa Danish.Badan dia terasa panas.Mungkin sebab cuaca bisik hatiku meneka. Alhamdulilah...Doktor Asri berkata jgn bimbang...dia akan sembuh. ayat biasa yang dikeluarkan oleh seorang doktor.
Sebelum terlelap..aku cuba mengatur perjalanan untuk esok..Petang aku ader perjumpaa dgn Pegawai IWK. Kes di IM2 masih belum selesai. Petang pula ader perjumpaan dengan Pengarah Kampus. Berbincang mengenai perjalanan "operasi pengosongan bilik"...Moga esok menjanjikan kemudahan dan keindahan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...